Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mei 14, 2014

[ Menteri Di Desak ] berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.


DAP menggesa pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan Nota Kabinet yang dibentangkan kepada jemaah menteri hari ini berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong (gambar) dari DAP berkata, Nota Kabinet itu perlu didedahkan kepada umum melalui pembentangan Kertas Putih di Parlimen agar ia dapat diperdebatkan oleh semua wakil rakyat.

“Saya mendesak Hishammudin mendedahkan Nota Kabinet kepada umum melalui Kertas Putih di Parlimen.

“Beliau perlu menjelaskan kos misi pencarian antarabangsa MH370 dan mengkaji perubahan yang perlu dilakukan agar peristiwa sama tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin melalui kiriman Twitter pagi ini mendakwa akan membentangkan Nota Kabinet bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar berhubung kehilangan MH370.

Wall Street Journal juga melaporkan pada Selasa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui tersalah langkah dalam pencarian pesawat MH370 dan menggesa negara lain mengambil pengajaran daripada insiden itu.

Katanya, kesilapan itu berlaku walaupun Malaysia melakukan yang terbaik dalam keadaan hampir mustahil dan menggembleng usaha 26 negara dalam misi pencarian itu.

Liew berkata selain Nota Kabinet yang perlu didedahkan, jawatankuasa terpilih Parlimen juga perlu ditubuhkan seperti mana yang dilaungkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, kerajaan mesti lebih terbuka mengenai apa yang berlaku dengan menggunakan pendekatan yang lebih telus untuk mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia.

“Najib tidak menunjukkan keyakinan apabila berkata tiada yang dapat melihat (MH370), tiada yang tahu apa berlaku dan tiada yang tahu di mana pesawat itu,” katanya mengulas laporan Wall Street Journal semalam. – 14 Mei, 2014.

tmi

2 ulasan:

  1. sape suruh lantik pm bodoh, aku tak suruh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat macam mana lagi, dah semua orang UMNO memang bodoh spt dikatakan Mahathir. PM tu yg terbaik dlm kalangan yg mereka bodoh belaka. Cuba fikirkan yg lainnya, terlebih lagilah bodoh mereka itu. ABU!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...