Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mei 07, 2014

[ Terkini!! ] Nik Nazmi dibebaskan, selepas didakwa kali kedua


Nik Nazmi Nik Ahmad hadir di mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendengar pertuduhan terhadap Bantahan Black 505 yang diadakan tahun lepas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Mei, 2014.

Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) dibebaskan tetapi tidak dilepaskan daripada dakwaan selepas beliau didakwa buat kali kedua, kerana pelanggaran Akta Perhimpunan Aman.

Hakim Mahkamah Sesyen membuat keputusan bahawa mahkamah lebih rendah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan Nik Nazmi yang juga timbalan speaker Dewan Negeri Selangor.

Awal hari ini, Nik Nazmi didakwa semula di bawah Seksyen 9 (1) PAA di Petaling Jaya pada sesi mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan Black 505 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.

Hari ini, semasa pertuduhan dibacakan kepada Nik Nazmi, peguamnya N. Surendran menggesa mahkamah untuk tidak mengambil pengakuan kerana beliau mahu mengemukakan hujah bahawa anak guamnya tidak boleh dibicarakan semula selepas Mahkamah Rayuan membebaskan beliau, sebagaimana peruntukkan di bawah Perkara 7 (2) Perlembagaan Persekutuan.

"Seksyen 7 (2) sangat jelas, seseorang yang disabit atau dibebaskan tidak boleh dibicarakan semula bagi kesalahan yang sama kecuali jika keputusan itu dibatalkan oleh mahkamah atasan.

"Anda tidak mempunyai alternatif selain melepaskannya dengan segera kerana anda tidak boleh mendakwa seseorang di bawah undang-undang yang tidak wujud, seperti dalam kes Seksyen 9  (5) PAA," Surendran memberitahu mahkamah.

Beliau juga berkata untuk membawa pertuduhan terhadap Nik Nazmi selepas dibebaskan Mahkamah Rayuan sama seperti menghina mahkamah.

Beliau juga berkata, perbuatan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk pendakwaan akan melemahkan pentadbiran keadilan dan keyakinan orang ramai di mahkamah.

"Mahkamah tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan oleh agensi pendakwaan ini," kata Surendran.

Hakim memberi Nik Nazmi pelepasan tanpa dibebaskan, berkata prosuder sebetulnya adalah merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak memfailkan semula pertuduhan terhadap timbalan speaker Selangor.

Beliau juga berkata terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan kerana tiada pengekalan diberikan kepada keputusan itu.

Dalam reaksi awal, Nik Nazmi berkata ini adalah satu lagi kemenangan dan ia adalah satu percubaan terdesak Putrajaya untuk membendung suara rakyat.

"Malah hakim terkejut kerana tidak ada duluan dalam kes ini."

Ini memperlihatkan bagaimana terdesaknya kerajaan kerana melihat bagaimana berani rakyat Malaysia berkumpul secara aman hari itu.

"Justeru, tidak kira apa yang mereka lakukan, kita akan terus berjuang," kata Nik Nazmi.

Sementara itu, Surendran memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Peguam Negara kerana melakukan penghinaan terhadap undang-undang. – 6 Mei, 2014.

tmi

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...