Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mei 20, 2014

[ Isu MH370 ] MAS bakal jadi PKFZ KAH???

KUALA LUMPUR 19 MEI: Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail bimbang kerajaan akan menerbitkan bon bagi menyusun semula hutang dan kerugian yang ditanggung syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS).

masKatanya, keadaan ini sama sepertimana berlaku dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila projek itu mengalami kerugian berbilion ringgit.

Menurut Azan, kenyataan menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kerajaan tidak akan membantu MAS, membayangkan usaha untuk menswastakan syarikat penerbangan negara itu.

“Biasanya apabila berlakunya penswastaan akan ada penyusunan, ada pihak yang membeli dan mendapat komisen (penswastaan). Apabila PKFZ nak diswastakan, bon jangka panjang dikeluarkan dan dijamin oleh kerajaan bernilai berbilion.

“Saya bimbang jika MAS akan ikut langkah PKFZ di mana kerajaan jadi penjamin dan akhirnya menanggung kerugian,” katanya menambah keadaan sama turut berlaku kepada Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

Katanya, dalam muka surat enam, buku belanjawan 2012 yang dibentangkan di parlimen, menyatakan jumlah bon jaminan dan hutang jangka panjang yang dijamin kerajaan mencecah RM421 bilion dan angka itu dijangka semakin meningkat.

MAS pada 15 Mei lalu melaporkan kerugian RM442 juta untuk suku pertama 2014, hampir sekali ganda berbanding jumlah kerugian pada suku pertama tahun lalu, selepas pertambahan kos operasi hampir RM195 juta.

Sebelum ini, MAS mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang 2013, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya  pada 2012.

Menurut Azan, MAS sepatutnya meneliti kaedah jangka panjang seperti mewujudkan kerjasama dengan syarikat penerbangan serantau, bagi memperkukuh kedudukannya tanpa terus menswastakannya.

Malah katanya, bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman sebelum ini turut mencadangkan MAS mengkaji pelan perniagaannya terlebih dahulu, sebelum syarikat itu diswastakan.

Tambah beliau, MAS memiliki aset berharga bukan sahaja dari segi aset penerbangan malah aset bernilai tinggi seperti hartanah, bangunan dan sebagainya.

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...