Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mei 08, 2014

[ TERBONGKAR LAGI!! ] RM2.9 bilion UNTUK KRONI UMNO PANAS!!!

Chang Lih Kang 
  
PETALING JAYA 8 MEI: Kerajaan Negeri Perak didesak menjelaskan mengenai penganugerahan 31 projek hidro mini bernilai RM2.92 bilion kepada pemimpin Umno negeri itu, kata Adun Teja, Chang Lih Kang.

“Projek ini dianugerahkan kepada Perak Hydro Renewable Energy Corporation (PHREC), Ketua Bahagian Umno Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar yang juga Adun Bukit Chandan.

“Kemudian diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz.
“31 projek penjana kuasa hidro mini ini bernilai kira-kira RM2.92 billion. Harta negeri seolah-olah harta sesama keluarga Umno,” kata Chang Lih Kang pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Pada 2012, kerajaan Perak membenarkan PHREC membina dan memiliki 25 penjana kuasa hidro mini berkapisiti 176 MW untuk temph 21 tahun.

PHREC dan kerajaan Perak menandatangani satu lagi perjanjian tambahan pada April 2013 dengan tambahan emam penjana kuasa hidro mini berkapisiti 116 MW.

“Berdasarkan kiraan kasar, capital expenditure setiap megawatt adalah RM10 juta. Maka 31 projek penjana kuasa hidro ini bernilai kira-kira RM2.92 bilion.

“Kami desak kerajaan dedahkan kerana jumlahnya terlalu besar. Adakah segala proses ini dirancang? Atau hanya semata-mata untuk kayakan kroni BN serta mengaburi mata rakyat? soal Lih Kang.

Dalam pada itu, Syed yang memiliki Syarikat Gunung Capital Bhd menguasai PHREC melalui pembelian 85 peratus saham dikatakan kerap dianugerahkan projek kerajaan.

Sejak 2008, banyak pendedahan melibatkan syarikat milik Syed termasuk kontrak katering ATM (RM 1,400 juta) pengangkutan PLKN (RM300juta), bas daerah Manjung (RM4.3juta), pembangunan Bandar Raya Islamik, UIAM (RM800juta), klinik Mobil 1 Malaysia (RM1.17juta) dan bas UPM (RM490,440).

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...