Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 05, 2014

[ Isu GST ] Mufti Pahang Kena Tegur..

Ahmad Kassim
Ahmad Kassim

KUALA LUMPUR 5 MEI: Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim menggesa mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menerangkan tentang prinsip keadilan Islam dalam cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Tiada masalah jika cukai dikutip dengan cara yang betul, (tetapi) tidak munasabah sekiranya dikutip daripada orang miskin.

“Perlu guna prinsip keadilan di mana orang layak sahaja dikenakan kutipan cukai.

“Sebaliknya GST ini semua golongan kena bayar dan kita kena perbetulkan,” kata Ahmad Kassim kepada Keadilandaily.

Abdul Rahman dalam kenyataan seperti dilaporkan Bernama 2 Mei lalu menyatakan bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana melaksanakan GST.

Malah, beliau turut menggalakkan orang ramai mengambil sikap membina dan membantu kerajaan dalam menyokong usaha tersebut.

Dalam pada itu tambah Ahmad Kassim, bantahan atau protes terhadap sesuatu isu adalah dibenarkan menurut pandangan sarjana Islam.

“Himpunan GST adalah himpunan aman yang dibenarkan untuk menyatakan bantahan terhadap ketidakadilan kerajaan.

“Mufti perlulah berlaku adil dalam membuat sesuatu keputusan dan jawapan,” kata Ahmad Kassim

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...