Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mei 02, 2014

[ KP PAS Pusat ] Umno tidak serius dalam pelaksanaan Hudud

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melabelkan Umno 'pondan' jka parti itu takut untuk membawa usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau Hudud pada sesi parlimen nanti.

Beliau menjelaskan, jika usul persendirian itu dibawa oleh Umno terutamanya Perdana Menteri atau menteri Kanan usul itu akan menjadi usul rasmi kerajaan dan perkara itu sukar ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat dan mudah untuk diluluskan.

"Kita tahu Umno tidak serius dalam pelaksanaan Hudud di Kelantan, jika mereka serius kita (PAS) menggesa parti itu membawa usul tersebut dan bukannya PAS.

"Saya pasti kita Umno sendiri yang bawa sudah pasti ia mendapat sokongan dari pemimpin Islam di dalam Barisan Nasional dan mendapat kelulusan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Menurut beliau lagi, Umno yang memimpin Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk meluluskan usul jika ia dibawa oleh mereka sendiri.

"Saya harap Perdana Menteri akan menggunakan peranan beliau dalam membawa usul ini, jika mereka benar-benar serius.

"Kalau itu hanya permainan politik mereka, pasti Umno tidak sanggup membawa usul tersebut dan terus menyerahkannya kepada PAS," sambung beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usul tersebut jika ia dibawa pada sesi parlimen akan datang.

"Kita akan bawa dan setiap pemimpin berhak untuk membahas sama ada menyokong atau menolaknya.

"Kita akur setiap keputusan kerana ia telah melalui proses demokrasi dan penolakkan tersebut dilakukan di parlimen.

"Kita bukannya memaksa semua pihak untuk menyokong apa yang kita bawa, apa yang pasti ia telah melalui satu proses demokrasi," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, Mahfuz turut meminta agar kerajaan memberi ruang kepada PAS untuk memberi penjelasan tentang hudud di media elektronik dan media cetak milik mereka agar kekeliruan kepada masyarakat bukan Islam dapat dikurangkan.

hd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...