Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mei 11, 2014

[ Anwar Ibrahim ] KENYATAN TERKINI ISU HUDUD..

  Nak Najib Undur Jom Klik Banner Ini



KUALA LUMPUR 10 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Umno tidak ikhlas dalam menyokong cadangan hudud di Kelantan sebaliknya menjadikan isu itu untuk mengaburi mata rakyat berhubung isu kehilangan pesawat MH370.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata Umno tidak perlu terburu-buru menyatakan sokongan terhadap percubaan Pas membawa rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen tetapi melihat pelbagai salah laku yang biasa dilakukan mereka.

“Hudud bukan sahaja isu untuk mengalih perhatian MH370 tetapi saya percaya hudud (mereka) tidak ikhlas. Dia nak hudud, kasino bagaimana? Rompakan kekayaan dan penindasan bagaimana?

“Tidak mungkin orang curi ayam sokong hudud, orang curi balak satu juta hektar dilepaskan. Saya tidak percaya Umno serius tetapi membawa isu ini untuk mengalih pandangan isu lain,” katanya selepas menyampaikan kuliah bertajuk Ekonomi Manusiawi di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat di Puchong, Selangor.

Katanya, perkara yang harus dibincangkan Jawatankuasa Teknikal Hudud tidak perlu diperbesarkan kerana kepincangan dalam kerajaan masih berleluasa.

“Saya ingat bukan soal teknikal tetapi prinsip yang penting. Umno hanya nak permainkan isu ini. Hala tujunya tidak ke mana. Dia kena jawab, betul ke dia nak?

“Dia kena betulkan banyak kepincangan yang ada. Saya tidak pakar dalam bidang ini tetapi saya banyak membaca. Semuanya yang dilakukan kerajaan bercanggah.

“Jika betul nak buat, dia kena betulkan rasuah yang meluas, kezaliman, bahang perkauman, menghina orang dan salah guna kuasa. Peguam negara macam itu, hakim macam ini. Nak cakap soal hudud. Apa dia?” katanya.

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...