IKLAN PENJIMAT MINYAK TERKINI!!
Oleh : Timmy Say
SETAHUN selepas 5 Mei 2013, kita melihat bagaimana negara menjadi terkenal di seluruh dunia kerana kejadian MH370.
Sebagai rakyat yang hidup di Lembah Klang, kita menyaksikan bagaimana
Malaysia sebuah negara khatulistiwa yang terpaksa mengalami catuan air.
Di Selangor pula, kita menyaksikan bagaimana PKR bergolak di Langkah
Kajang dan akhirnya gagal dalam usaha menggantikan Menteri Besar
Selangor Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim.
Daripada hampir menjadi MB Selangor, nasib Anwar berubah secara drastik
dan kini mungkin terpaksa ke penjara Kajang selepas dijatuhkan hukuman
penjara kerana dakwaan liwat Saiful Bukhari.
Sehingga hari ini, tiga pilihan raya kecil – Kuala Besut, Sg Limau dan Kajang diadakan.
Dua lagi akan diadakan selepas ini, iaitu Bukit Gelugor dan Telok Intan, kedua-duanya kerusi milik DAP.
Dua tokoh politik besar pula meninggalkan kita – Ustaz Azizan Razak,
bekas Menteri Besar Kedah dan saudara Karpal Singh, bekas pengerusi DAP
yang meninggal dalam satu kemalangan.
Begitulah sudahnya tahun pertama selepas 505. Semua ini menunjukkan senario politik di Malaysia cukup dinamik.
Apakah 52 peratus masih menyokong Pakatan Rakyat? Apakah BN masih
kerajaan minoriti? Keputusan PRU13 tidak lagi boleh dijadikan ukuran
populariti hari ini.
Hari ini kita melangkah masuk ke tahun kedua.
Di sebelah BN, masalah yang menghantui popularitinya sudah tentu ialah
GST. Manakala di sebelah PR pula ialah isu hudud yang bergema semula.
Pada 1 Mei lepas, seramai 50,000 orang menghadiri perhimpunan bantah GST.
Yang menakutkan Umno ialah siapa yang hadir. Apakah momentum menentang GST ini akan membara seperti perhimpunan Bersih dulu?
Umno sudah tentu sedar golongan berpendapatan sederhana dan rendah
adalah golongan yang paling terkesan dengan pelaksanaan GST yang bermula
pada 1 April 2015 nanti.
Dan kebetulan majoriti golongan ini adalah kumpulan pengundi yang memenangkan mereka di PRU13.
Golongan ini jugalah yang diharapkan Umno untuk mengekalkan kemenangan di PRU14.
Sempena kelahiran GST tahun depan, penulis percaya pemberian BR1M juga akan mencapai rekod tertinggi.
Ini adalah bagi mengalihkan kesakitan GST kepada golongan berpendapatan
sederhana dan rendah untuk sementara waktu di samping mengharapkan
pemberian BR1M ini dapat mengurangkan jumlah hadirin di himpunan
anti-GST pada 1 Mei 2015 (bakal diadakan sekiranya pembangkang bijak.)
Sebelum PRU14, perkara yang paling dibimbangi Umno ialah kesan pada kadar inflasi akibat GST.
Antara semua isu, Umno tahu rakyat paling mementingkan keadaan ekonomi
mereka, dan sudah terbukti di banyak negara, isu ekonomi paling mudah
digunakan untuk menumbangkan sesebuah kerajaan.
Sekiranya rakyat mendapati harga barangan naik melambung secara
mendadak sehingga mengganggu kehidupan mereka selepas GST, nyawa Umno
akan berada di hujung tanduk apabila datangnya PRU14.
Oleh itu, adalah penting lawan Umno dapat dihapuskan terlebih dahulu sebelum itu.
Maka tidak hairan bahawa Umno kini bernafas agak lega apabila isu hudud
bergema kembali di persada politik tanah air tatkala mereka bergelut
dengan isu GST.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan semalam menyatakan kebimbangannya bahawa PR akan berpecah kerana isu hudud.
Betul kata Kit Siang, Umno akan terus berkuasa meskipun ia melaksanakan
sistem GST, sekiranya PR berpecah. Andaian ini sudah tentu
menggembirakan Umno.
Masalahnya – wajarkah PR berpecah kerana hudud? DAP sudahpun tahu apa
yang berlaku pada 2004 selepas mereka berpecah daripada Barisan
Alternatif.
Umno di bawah Pak Lah memenangi 91 peratus kerusi di Parlimen.
Pernahkah DAP terfikir apakah kesudahannya jika Barisan Alternatif tidak
berpecah?
Kontroversi hudud ialah masalah prinsip. Prinsip Pas ialah melaksanakan
Islam. Prinsip DAP ialah mempertahankan Perlembagaan yang sekular.
Pas berpegang kepada al-Quran yang tidak boleh diubah.
DAP berpegang pada Perlembagaan yang dikatakan menjaga semua hak rakyat
Malaysia meskipun di dalamnya pernah terkandung Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA), Akta Hasutan, sebatan kejam dan hukuman gantung sampai
mati yang dikenali kezalimannya.
Hudud mendapat persepsi negatif bukan kerana hudud tidak baik mahupun sempurna.
Seperti kata Naib Presiden Pas, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, manusia
paling takut pada benda yang mereka tidak tahu, dan hudud tersenarai
dalam kategori benda yang rakyat Malaysia tidak tahu.
Hakikatnya, para pendokong hudud menghadapi masalah persepsi negatif
pada hudud kerana tiada negara Islam di dunia yang boleh memberikan
contoh yang baik pada masyarakat dunia mengenai keberkesanan hudud dan
keadilan Islam yang baik.
Ini menyebabkan mereka terpaksa menggunakan contoh pelaksanaan hudud di zaman Nabi untuk berhujah.
Nabi Muhammad berjaya kerana keadilan yang ditunjukkan Baginda. Kerana adil, hudud tidak menjadi masalah di zaman Rasullulah.
Sudah tentu hujah ini susah diterima oleh golongan yang masih tidak beriman pada Islam yang tidak mengenali siapa Rasullulah.
Ada yang takut ramai orang Melayu akan kudung tangan selepas hudud dilaksanakan.
Penulis tertanya-tanya, apakah mereka yang memberikan hujah ini berkata
hudud ini bukan undang-undang yang baik atau hendak menuduh orang
Melayu suka mencuri?
Di negara Saudi yang melaksanakan hudud, apakah mereka jumpa ramai
orang Arab yang tangannya kudung kerana dipotong ketika berumrah ke
sana?
Barangkali kita akan terjumpa lebih ramai orang yang kakinya terpaksa
dipotong kerana diabetes berbanding mereka yang tangannya dipotong
kerana hudud.
Ada yang melihat hudud ini kejam. Sebenarnya undang-undang manusia sama
kejamnya. Di Malaysia, ada hukuman gantung sampai mati, di China, ada
hukuman tembak sampai mati.
Sebatan yang dikenakan undang-undang manusia meskipun kurang daripada
jumlah sebatan hudud, jauh beza kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh
penerima hukuman tersebut.
Satu menyebat untuk menghukum, satu lagi bersifat memalukan dan mendidik.
Ada yang terdengar hudud sahaja teringat upacara tangan dipotong, bagaikan mereka ini pencuri.
Cuba tanya mangsa ragut yang hampir kehilangan nyawa, apakah wajar tangan peragut dipotong?
Sudah tentu jawapan mereka berbeza daripada peguam yang berpendapat peragut juga ada hak untuk membela dirinya.
Cuba tanyakan ahli keluarga mangsa bunuh yang terpaksa berdepan dengan peguam handal yang membela pembunuh anak mereka?
Apakah pula pandangan mereka mengenai hudud berbanding dengan mereka yang bergelar pakar Perlembagaaan?
Bagi penulis, sungguh tidak berbaloi jika PR berpecah kerana masalah
hudud, kerana kontroversi hudud lebih kepada masalah persepsi daripada
Perlembagaan, seperti juga masalah politik yang lain-lain.
Pas dan DAP bersetuju untuk bekerjasama untuk perkara-perkara yang
mereka persetujui bersama dan bergerak atas inisiatif sendiri bagi
perkara-perkara yang masih tidak dipersetujui.
Apakah kerana hudud, DAP sudah tidak bersetuju dengan Pas untuk segala
perkara yang mereka persetujui bersama di PR? Sudah tentu tidak.
Kerajaan negeri Pulau Pinang pada hakikatnya ialah kerajaan DAP, bukan
PR. Begitu juga kerajaan negeri Kelantan, yang pada hakikatnya ialah
kerajaan Pas, bukan PR.
Hanya kerajaan negeri Selangor yang betul-betul adalah sebuah kerajaan PR.
Jika DAP dan PKR boleh mengakui Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan
1993 ada sebelum wujudnya PR, mengapa tidak mahu menerima hakikat bahawa
kerajaan Pas negeri Kelantan yang menawarkan hudud sudah wujud sebelum
wujudnya PR lagi?
Dan hakikat bahawa sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas tidak pernah
terjejas kerana hudud, sehinggakan tsunami Umno 2004 juga gagal
menumbangkan kerajaan Pas Kelantan.
Kemungkinan itulah keistimewaan yang dimiliki kerajaan Pas Kelantan yang wajar dihormati bagi para penentang hudud.
Barangkali keistimewaan inilah yang DAP boleh berikan kepada rakan
strategiknya di Kelantan pada cubaan melaksanakan hudud tanpa memberikan
tekanan bahawa usaha mereka menunaikan janji mereka ini akan meretakkan
PR.
Hudud ataupun tidak, DAP dan Pas perlu komited untuk memastikan PR terus wujud atas dasar bersama.
Yang dasar berbeza, biarlah parti yang memperjuangkannya bergerak secara parti individu.
Itulah keistimewaan PR, bukan satu keburukan, yang wajar dipertahankan
supaya ia kekal berbeza sebagai pilihan alternatif kepada Umno-BN.
Buat apa berpecah kalau tahu ia akan menguntungkan Umno? Buat apa
bergaduh kalau sudah setuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud?
Apa lagi yang perlu didesakkan selepas setuju untuk tidak bersetuju?
Akhirnya, hudud tidak sepatutnya menjadi alasan bagi Pas dan DAP untuk
melepaskan peluang untuk menumbangkan Umno di PRU14 menggunakan isu GST
yang diperkenalkannya.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik
dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar
Harian Online.
Senarai Blog...Geng
-
2 remaja sengaja rentang tangga tengah jalan - KOSMOTangkap layar menunjukkan salah seorang remaja meletakkan tangga di sebatang jalan di Bali. - InstagramJAKARTA – Dua remaja lelaki di Indonesia meneri...35 minit yang lalu
-
-
JIKA SUDAH YAKIN MENANG, BUBARLAH PARLIMEN SEKARANG!! - Berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan penuh keyakinan bahawa kerajaan madani pimpinannya mempunyai kelebihan memenangi pilihan raya umum (PRU) ji...7 jam yang lalu
-
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang FC Pula Tarik Diri - MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan. Dua kelab yan...3 hari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...3 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Jumaat, Mei 09, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...