Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat penyertaan bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM),berkata merupakan pilihannya sendiri dan tidak menjadi satu masalah besar sekiranya mempunyai perbezaan pendapat.
“Kenyataan pemimpin itu tidak masuk akal saya. Apakah apabila kita masuk ke universiti awam, maka kita tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?
“Selepas tamat pengajian, jikapun mereka tidak menyokong kerajaan yang memerintah, kita tetap perlu rasa bersyukur kerana pendidikan yang mereka terima membolehkan mereka membuat pilihan dan terlibat aktif dalam politik,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.
Jelas Mohammad Agus kerajaan sepatutnya mengubah pendekatan untuk memahami aspirasi mahasiswa supaya kembali menyokong mereka dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang ‘pelik-pelik’.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam satu kenyataan lain berkata, Dyana Sofea bakal menjadi ketakutan baru kepada Umno sekiranya beliau menang dan diangkat menjadi Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah negara.
“Beliau dilabel sebagai pengkhianat dan teruk diserang. Kelak dia akan teguh bersama pendiriannya dan akan bangkit melawan serta ‘mengaum’ seperti harimau,” kata beliau lagi.
Dalam PRK Teluk Intan, yang akan berlangsung pada 31 Mei ini, Dyana akan menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.
Pada PRU13, Siew Keong tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.
PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan wakil rakyatnya Seah, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.
sk
Tunku dan Tun Razak sekolah mana dan tuntut Merdeka
BalasPadam