[Catatan: Dipostkan tulisan SH Alattas]
Ramai yang  melihat dengan mata hati betapa sedihnya keluarga 
penumpang MH370 yang hilang macam itu saja tanpa meninggal sebarang 
pesanan kepada keluarga. Tak pasal – pasal perempuan yang yang dulunya 
isteri menjadi janda, anak menjadi yatim, dimana tempat hendak mengadu? 
Dimanakahkan ku cari ganti? ‘Sesiapa saja yang mata kepala dan hatinya 
masih menyimpan sehiris perikemanusiaan akan menyalahkan yang salah dan 
menghentikan kesalahan itu daripada terus berlaku’ patutkah kita 
salahkan Tuhan? Tuhan tidak pernah zalim, ini kerja manusia durjana. 
Memang kita percaya hidup, mati, jodoh pertemuan, tanah kubur, adalah 
ketentuan dari Allah Subhana Wa Taala kepada mereka yang percaya pada 
rukun Iman. Berat mata memandang, tentu berat lagi bahu memikul begitu 
kata pepatah melayu.
Apakah selaku seorang pemikir penulis yang punya tanggungjawab, saya 
sekadar pandang, tengok macam lembu? Atau macam beruk? Kerana beruk ada 
persamaan dengan manusia. Manusia makan pisang beruk pun makan pisang 
juga. Mereka yang percaya pada teori Darwin mengaku datuk nenek mereka 
beruk, tak percaya yang manusia itu khalifah Allah diatas muka bumi. Tak
 ada consciences. Asal – usul saya dari Allah yang menciptakan Adam dan 
Hawa. Saya makan daging macam singa dan harimau sebab itu saya berani, 
tapi saya tak sanggup makan daging manusia seperti haiwan politik yang 
berideologi materialistik. 
Saya bukan seperti orang yang buta pekak dan bisu tanpa rasa kepedulian?
 Itulah antara tanggungjawab ‘ulama pewaris nabi’ untuk menyampaikan 
hatta sepotong ayat. Sebesar – besar jihad adalah berani berkata benar 
di hadapan pemimpin yang zalim. Manusia adalah makhluk yang alpa, Islam 
adalah agama yang nasihat dan menasihati. Ada masanya kita perlu 
berperang, kita perang dan bersedia mati syahid.
“Pelik Altantuya wanita yang datang dari Mongolia yang nak tuntut commission, jasad dan maklumat passportnya pun hilang. Apakah selepas terbitnya buku ini saya pun mungkin hilang. Lu Fikirlah Bro!”
-MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang
Satu perkara penting yang tak banyak orang tanyakan pada diri sendiri. Bagaimana dia menghabiskan masa mudanya? Ketika dewasa dari mana dia dapat duit atau kekayaan? Dan bagaimana dia membelanjakannya? Itulah yang sedang saya fikirkan tentang nasib umat Islam yang berada di dalam MH370. Apakah mereka mati diluar atau didalam iman?
Jika di umur muda, ketika nafsu menguasai diri, jika mereka tidak sempat
 meminta ampun, marilah kita berdoa semoga Allah akan mengampunkan dosa –
 dosa mereka, dan kita mengambil iktibar, kita tafakur dan muhasabah 
diri, untuk mengingatkan kita, apakah kita tahu bila dan bagaimana kita 
akan mati? Siapa sangka Karpal Singh mati ketika kemalangan. Dia akan 
dikenang sepanjang zaman, seorang lagenda yang tak ada ganti. Mari kita 
meminta keampunan semasa ada lagi waktu untuk bertaubat kerana Allah 
Maha Pengampun. Apakah kita sudah bersedia untuk melakukan taubat 
nasuha? Apakah kita sudah bersedia untuk mendekatkan diri dengan Tuhan 
kita? Kenapa tunggu tua nanti baru mahu beribadat. 
Sudahkah kita bersedia menjawab dari mana kita dapat jutaan ringgit? 
Rasuah Berjemaah? Menyamun merompak guna imuniti dan kekebalan? Lu jawab
 sendiri dengan Tuhan Bro. Namun yang penting,  Bagaimana kita mahu 
menghabiskan masa hari tua kita? Selain melakukan amal jariah 
meninggalkan anak yang soleh, apakah kita telah meninggalkan ilmu yang 
bermanfaat? Sekurangnya kita menghadiahkan buku yang boleh memberi 
manfaat dunia dan akhirat. Ahli politik namanya jika buku – buku pun tak
 mahu membaca?
Apakah kita tidak nampak bala bencana yang lebih besar yang mungkin akan
 diturunkan? Iktibar dari MH370 rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap
 manusia yang bergelar pemimpin, kerana mereka tak pandai jadi 
pembohong, bohong yang disampaikan tak cukup hebat, hingga diragukan, 
kalau nak berbohong pun kena pro hingga orang tak tahu yang ianya satu 
pembohongan. Betul ke MH370 terhempas dilautan Hindi? 
Cara Perdana Menteri Australia membuat pengumuman menambahkan keraguan 
kita, kerana mereka akan turun mencari hingga bulan 9. Hari ini sudah 53
 hari hilang, kalau adapun serpihan sudah tenggelam. Kata beliau. 
Jawabnya pasti tak terjumpa di laut Hindi. Ia menjadi seperti peristiwa 
9/11 bangunan dan rakyatnya korban di Amerika untuk merosakkan imej 
Islam. Jika terhempas di laut Andaman, kenapa pergi cari di lautan Hindi
 yang mustahil boleh terjumpa? Lu fikirlah bro! Please don’t insult my 
intelligent.
Apakah tidak cukup dengan bala bencana yang sedang kita hadapi oleh umat
 Islam di negeri ini? Nasib baik kita telah melakukan Selawat Perdana 
dan Selawat Cinta Allah dan Rasul di beberapa tempat di Malaysia di mana
 ulama Wahabi tidak berkuasa. Untuk tahu peranan Wahabi baca bab Sejarah
 Ringkas Fahaman Wahabi dalam dalam buku MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak 
Menghilang? Jangan nanti nasib Wahabi jadi macam nasib Syiah.
Obama selepas meninggalkan Malaysia pergi ke Filipina dan akan 
menjadikan negara tersebut untuk pertahanan Amerika selama 10 tahun. 
Sampai bila kita mesti jadi bodoh tak buat apa-apa?  Untuk memerangi 
perang dingin yang dilakukan terhadap China di mana kita umat Islam 
menjadi mangsa. 
Akibat kita takut hendak menyoal disebabkan minda sudah 
terperangkap ‘Captive Mind’ disebabkan terlalu mengagung dan mendewa – 
dewakan manusia. Terutama Amerika musuh Islam yang mahu mematikan 
pengaruh Islam diseluruh dunia menggunakan pemimpin Islam sebagai alat.
Saya tidak pasti apakah yang bermain dalam otak manusia yang kononnya mempunyai ‘minda kritikal’, sepanjang tragedi kehilangan misteri pesawat MH370?
Saya tidak pasti apakah yang bermain dalam otak manusia yang kononnya mempunyai ‘minda kritikal’, sepanjang tragedi kehilangan misteri pesawat MH370?
Ada orang kata kita kena main. Betul ke? Pelik, kena main dan kena tipu 
pun, kita tak tahu akibat ‘bebal’. Ini yang buat saya naik darah hingga 
terpaksa menulis buku. MH370 Hilang Kemana Najib Nak Menghilang? Tapi 
saya tak emosi.
Pandainya pemain silap mata menggunakan media massa hingga tak sempat 
kita terfikir apakah tak mustahil MH370 telah diletupkan di Lautan 
Andaman, ketika kita sedang sibuk menumpukan perhatian ke Laut China 
Selatan, apakah tak mustahil ‘kotak hitam’ sudah pun ditemui di Andaman 
supaya cerita sebenar apa yang berlaku di dalam MH370 dan semua rampasan
 ia telah disembunyikan siapa pun tak tahu melainkan yang menipu dan 
mempermainkan kita, hingga terpaksa pergi ke lautan Hindi untuk cari 
‘kotak hitam’  yang memang tak ada disitu. Hebat sandiwara.
Saya tak peduli apa orang hendak kata tentang tulisan saya, macam 
sampah, saya pemfitnah mencari keuntungan dalam kesempitan, yang penting
 saya telah melakukan ‘fardu kifayah’ yang tak banyak orang mahu buat 
hari ini pertama mereka yang cinta dunia takut mati. Saya mengajak orang
 berfikir, apakah tak mustahil MH370 diletupkan dan semua penumpang 
dimatikan diatas pesawat lagi seperti yang di sampaikan oleh “AAIB 
memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah 
melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak 
pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir 
pesawat” kata Najib Tun Razak. Apakah tragedi ini berlaku disebabkan 
Hakcipta Drone yang dimiliki oleh 4 orang China Amerika yang membawa 
kelengkapan untuk dipasang di China bersama seorang rakyat Amerika? Yang
 dikatakan 4 tan Buah Manggis.
Bayangkan mereka yang mengata saya ikut sedap mulut sekadar cakap di 
kedai kopi di facebook, apa yang mereka tahu mengenai bahaya Drone, 
pesawat yang terbang tanpa pilot yang digunakan di Yaman untuk membunuh 
mereka yang di musuhi tanpa sedikit belas ikhsan. Ketika mereka berada 
ditanah perkuburan atau di majlis kenduri, sebab itu kalau nak kritik 
buku saya, MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang, baca dulu buku 
itu. Tengok gambar Drone, baca bab bagaimana dan siapa sebenarnya yang 
membunuh mereka yang ada di menara kembar 9-11? Kalau mereka sanggup 
menghancurkan sebuah bangunan dan membunuh rakyatnya sendiri apa sangat 
239 penumpang dalam MH370 kerana yang mendapat nama buruk Malaysia.
Manusia jangan jadi seperti anjing “seekor anjing menyalak anjing yang 
lain turut menyalak sama”. Kita ini pun haiwan juga, tapi haiwanunatik. 
Haiwan yang punya akal fikiran dan ada hubungan dengan alam kerohanian, 
manusia bukan sekadar haiwan yang pandai berkata, maka kenapa kita 
mengagungkan manusia yang lebih hina dari haiwan. Lebih setan dari 
setan. Selaku umat Islam kita ada dunia dan akhirat, ada roh dan jasad, 
ada awal dan akhir. Kita punya tanggungjawab selaku Khalifah Allah di 
muka bumi, itulah mesagge yang cuba saya sampaikan, selain mengisikan 
nama dan gambar – gambar penumpang kerana ramai yang masih menunggu 
kotak hitam akan hampa kerana setakat ini berita hanya di internet dan 
media massa, belum ada dalam bentuk buku.
Sudah tentu banyak pengajaran yang dapat kita pelajari dari Tragedi 
MH370 jika saja kita mahu berfikir. Bayangkan jika kita mati dalam 
keadaan arak dalam perut, kerana dalam MAS boleh minum tak ada undang – 
undang yang boleh tangkap walaupun kita orang Islam. Bayangkan badan 
kita tak bersih kerana tak mandi bersih. Belum sempat solat Isyak? Sebab
 itu dalam perjalanan jauh perlu solat musafir dan berdoa kerana di mana
 juga kita berada, pada bila – bila masa, maut boleh cari kita. Apakah 
kita sempat mengucap dua kalimah syahadah La illahail Allah Muhammadur 
Rasulullah. Mati dalam Iman?
Kebetulan saya telah dilabel sebagai penulis yang Pro UMNO. Bukan mudah 
bagi seorang penulis untuk menggalas misi berat untuk memastikan 
Malaysia tidak  terpesong dari landasan yang di iktiraf sebagai 
masyarakat antarabangsa yang maju sebab itu kita perlu menjaga nama baik
 bangsa dan negara dan berani berperang dengan siapa saja yang 
bersubahat dengan musuh – musuh negara kerana mereka adalah pengkhianat 
seperti Si Kitol di Melaka dan Sang Rajuna Tapa di Singapura. Penderhaka
 kepada agama, bangsa dan negara. 
Tanggungjawab mempertahankan agama, bangsa dan negara bukan seorang 
Perdana Menteri dan para pemimpin politik, tapi ianya menjadi 
tanggungjawab penulis, para pemikir dan para ulama yang mempunyai jiwa 
jihad. Cintakan negara adalah sebahagian dari Iman.
Hebat macam manapun lakonan Hishamuddin di pentas sandiwara, orang tahu dia bukan seorang penipu yang professional, dia gagal hendak membohongi kita, cara menjawab soalan media tak dapat menyelesaikan masalah jangka panjang hal – hal yang berkaitan dengan ‘common sense’ payah akal kita nak terima. Bukan semua rakyat Malaysia bodoh.
Ibarat “sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah”. Jika Najib 
berhenti selaku Perdana Menteri sejauh manakah Hishamuddin boleh 
menguasai kementerian, yang perlu menyelaras antara satu sama lain? 
Memanglah dia hebat kalau di banding dia sebelum tragedi MH370 dari segi
 Image Building dia menang.
 Jika dia bertanding kerusi Naib Presiden 
sekarang pasti dia dapat undi terbanyak meninggalkan Mukhriz Tun 
Mahathir jauh kebelakang. Saya tak setuju, dia mewarisi kerusi PM. Bukan
 kerana saya dengki iri hati, bukan ada anak saya yang mahu jadi Perdana
 Menteri, kerana bapa Hishamuddin Tun Hussein tak sehebat Tun Razak atau
 Tun Mahathir. Jika tuan menebang jati biar serpih jangan tumbang, jika 
tuan mencari ganti biar lebih jangan kurang. Itulah kerja saya selama 
ini selaku king maker dalam politik Malaysia. Buku – buku saya sebagai 
bukti. Bermula dengan Siapa Selepas Musa. Klimax Challenger Siapa Lawan 
Siapa. Baca buku Musa Hitam Lawan S.H Alattas oleh Halim Mahmood
Integriti dan kredibiliti penulis menjadi ukuran sejauh mana dia layak 
diiktiraf selaku The Writer, tugasnya sebagai penyampai suara hati 
nurani rakyat yang perlu menyuarakan suara Tuhan,  bukan suara TUAN KAU,
 selagi berTuankan Allah sebagai Boss. Allahu Akbar Allahu Akbar. 
Takbir.
Apakah kita buta atau bodoh ‘Bebal’ melihat Najib dan Hisham gagal membohongi kita semua. Kalau hendak jadi pembohong, berbohonglah dengan pintar (credible lie) kerana rakyat yang bersifat intelek, boleh tahu sama ada fakta yang digunakan untuk menyokong pembohongan itu, fakta yang dicipta (manufactured fact) atau fakta asli (natural fact).
Apakah kita buta atau bodoh ‘Bebal’ melihat Najib dan Hisham gagal membohongi kita semua. Kalau hendak jadi pembohong, berbohonglah dengan pintar (credible lie) kerana rakyat yang bersifat intelek, boleh tahu sama ada fakta yang digunakan untuk menyokong pembohongan itu, fakta yang dicipta (manufactured fact) atau fakta asli (natural fact).
Itulah sebabnya saya terpaksa menulis buku ‘JANGAN JADI BODOH’. Kalau 
hendak berbohong, bohonglah sehingga diri sendiri pun percaya bahawa 
cerita karut marut yang disampaikan itu satu cerita benar. Baru best. 
Macam Obama menyatakan dia terlalu sibuk hendak berjumpa Anwar Ibrahim, 
sebenarnya dia hendak bunuh karier politik Anwar untuk menaikkan imej 
Najib dan Hishamuddin.
Kita adalah makhluk tiga dalam satu. Minda, jasad dan roh. Asal dari 
tanah kembali ke tanah. From dust to dust. Mati ditengah laut ini 
perkara biasa bagi mereka yang dulu pergi mengerjakan Haji, mati dilaut 
diturunkan ke laut, dibawah laut ada tanah juga. Yang kita tinggalkan 
sesudah mati dua benda, nama baik dan nama jahat. Apa yang saya 
dokumentasikan dalam tulisan dibuku saya mengingatkan kita nama baik 
atau nama jahat yang akan kita tinggalkan. Apakah kita seperti Firaun, 
Namrud atau khalifah Umar bin Abdul Aziz atau Sultan Ibrahim Adham atau 
seperti Imam Khomeini atau Ghandi, Abraham Lincoln atau Buddha. Kita 
hanya terhutang nyawa pada pencipta, tidak terhutang hidup dengan mana 
manusia, sebab itu saya tak takut berkata benar. Jika kita takut pada 
Allah pasal apa hendak takut dengan manusia. Lu fikirlah Bro.
Bolehkah kita, hentikan cakap – cakap rakyat yang semakin hari semakin 
kencang ketika kredibiliti kabinet yang memerintah diragui dengan 
kedatangan Obama? Obama pun badut Joker  dia buat apa saja yang disuruh 
takut hilang jawatan. Setiap orang yang memasuki politik, ‘fikir’ dialah
 yang paling layak jadi Perdana Menteri. Ingat pesan pepatah jangan ukur
 baju di badan orang ukur di badan sendiri.
Dulu dulu dulu, jangan nak kata hendak jadi Imam apalagi nak mengaku 
Ulama, hendak jadi ketua darjah pun kebanyakan murid menolak, kenapa? 
Kerana kita sedar diri, kita ada maruah, kita kenal siapa diri kita, 
jangan ular lidi nak jadi ular sawa, cicak mengkarung biawak berlagak 
macam naga. Kerajaan yang ada adalah kerajaan kita, government of the 
people, by the people for the people, bila telah disalah gunakan menjadi
 kerajaan keluarga mereka yang berkuasa. Apakah salah jika kita 
bersuara? Dulu Sultan saja, yang boleh bersultan di mata beraja dihati. 
Berikan sesuatu jawatan kepada orang yang tidak layak maka tunggulah 
akan kehancurannya. Bolehkah saya tidur nyenyak ketika bangsa dan negara
 kita sedang menuju jurang kehancuran akibat jawatan diberikan kepada 
yang bukan ahlinya.
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Perdana Menteri telah menyiapkan 
pengganti yang baik iaitu Tun Razak bukan Putranya Tengku Nerang Putra. 
Tun Hussein Onn merasakan dia tidak layak, meletak jawatan bila Suleiman
 Palestin bertanding kerusi Presiden UMNO dan mendapat sokongan pemimpin
 dan ahli UMNO. Akhirnya Mahathir terpilih, penggantinya terbukti jauh 
lebih baik dan berjaya memerintah negara selama 22 tahun. Kelemahan Tun 
Mahathir tidak membuat persiapan untuk calon menggantikannya, sedih bila
 pengganti macam Abdullah Badawi, Menteri Tidur diganti Najib, Menteri 
Takut Bini.
Atas kesedaran bahawa Perdana Menteri dan negara kita berada bawah 
tekanan dan ugutan pihak tertentu, terutama Amerika yang merasakan 
negaranya sebagai  ‘Super Power’ dan Polis Dunia dan pengaruh media masa
 arus perdana cuba mengkagumi Obama sebagai Presiden yang datang untuk 
menyelamatkan kita dari China selaku kuasa besar dari rantau ini dan 
betapa baiknya Amerika datang menolong mencari MH370 kita terlupa 
bertanya, apakah tidak ada agenda yang tersirat, hidden agenda? Mungkin 
apa yang dikatakan buah Manggis dalam Kargo itu rahsia Negara. Ingat 
senang ke nak dapat hingga bertan – tan buah Manggis ketika bukan musim 
buah Manggis. Mungkin China pun tahu kemana hilangnya MH370 itu dan 
kemana MH370 menghala? Tapi untuk menjaga rahsia Manggis mereka pun 
terpaksa turut mengiyakan cakap Najib. Apakah tak mustahil Amerika 
memilih Selat Melaka untuk dijadikan Pengkalan Tentera Amerika? Supaya 
dia dapat menguasai Selat Melaka? Untuk menguasai nusantara?
Untuk pengetahuan Najib dan para pemimpin sekelian, zaman dan era rakyat
 boleh kena  bodoh mudah di kelentong dan digula - gulakan sudah 
berlalu, itupun mereka belum baca lagi buku saya ‘Jangan Jadi Bodoh’. 
Rakyat sekarang ini berada di zaman langit terbuka mereka sudah mahukan 
Islam selaku Addin.
 Inilah yang ditakuti oleh Amerika dan sekutunya. 
Musuh – musuh Islam tahu bila umat Islam sudah tidak lagi mempercayai 
sesama manusia terutama orang politik mereka dan mahu mempelajari ilmu 
kenal diri dan Tuhan dan alam kerohanian. Tak ada lagi benda – benda 
yang boleh disembunyikan dalam kain, atau di mana saja bila mata hati 
sudah celik. Ramai yang jadi bodoh hari ini kerana mereka tak kenal diri
 dan tak kenal Tuhan yang disembah. Dan mata hati mereka buta.
Saya sedih bila Malaysia sudah jadi macam kuih bakar, atas api bawah 
api, oleh dua kuasa besar China dan Amerika. Apakah tragedi MH370 ini 
akan menjadikan Malaysia sebagai keldai dadah Amerika?
 Lu fikirlah bro!
msomelayu.blogspot.com 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...