Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, Mei 13, 2014

[ Anwar Ibrahim ] Tolak kebencian atas nama kaum & agama

download-copy 

KUALA LUMPUR 12 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang percubaan untuk menimbulkan kebencian atas nama agama mahupun kaum terhadap kaum dan penganut agama lain harus ditentang sama sekali

“Keadilan sosial dan perpaduan negara hanya dapat direalisasikan dengan adanya ruang demokrasi dan kebebasan untuk berdialog, bukannya dengan menghina dan mencerca,” katanya dalam perutusan Hari Wesak 2014.

Anwar turut menyeru rakyat Malaysia bersama menghayati falsafah ajaran Buddha yang menitikberatkan unsur kasih sayang, toleransi dan kemuliaan insan.

“Sifat mulia dan kasih sayang sesama manusia yang didokong oleh Gautama Buddha sepanjang hidupnya merupakan prinsip yang penting yang wajar diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Sejajar dengan nilai yang kami perjuangkan selama ini, kepedulian terhadap hak dan kebajikan rakyat jelata, khususnya golongan miskin dan yang terpinggir, harus dibela.

“Kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia, saya ucapkan selamat menyambut Hari Wesak bersempena kelahiran Gautama Buddha ribuan tahun yang lalu,” kata Anwar dalam ucapannya.

kd

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive