Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Februari 15, 2011

Warga Merlimau Haram!!! Memberi undi kepada UmnoBN

Pas Sudah Ada Nama Calon....

MERLIMAU - Jawatankuasa Pas Pusat sudah memutuskan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Keputusan berkenaan telah dibuat semasa mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur, kelmarin.

Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari berkata, nama calon yang terpilih itu hanya akan diumumkan secara rasmi pada 24 Februari ini.

Menurutnya, pengumuman berkenaan dijangka akan dilakukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu majlis yang akan diadakan di sini, pada malam berkenaan.

“Saya tidak dapat memaklumkan siapa calon yang terpilih kerana kami di Pas Melaka pun tidak tahu siapakah calon yang sudah dipilih.

“Bagaimanapun, saya boleh katakan bahawa satu mesyuarat yang diadakan semalam (kelmarin) oleh Jawatankuasa Pas Pusat telah membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, Pas Melaka sudah mengemukakan beberapa nama untuk dipertimbangkan, iaitu Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik; Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri, Kintan Man; Yang di-Pertua Pas Jasin,

Jasme Tompang dan Timbalan Yang Dipertua Pas Jasin, Yuhaizan Abdullah.SinarHarian

Komen :Kepada warga melimau ayuh!!!! bangkit!!!! beri kemenangan kepada PAS (Pakatan Rakyat).. Jangan anda tunggu lagi...... 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...