Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Februari 19, 2011

Tahniah!!!! Kerajaan Pusat Kerana Menaikkan Getah Dan Sawit......

Harga Getah Dijangka Terus Meningkat Lagi Minggu Depan



KUALA LUMPUR 19 FEB : Harga-harga getah Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan dengan prospek kekurangan bekalan masih menggangu pasaran, kata seorang peniaga.
Beliau juga berkata penjual menguasai pasaran dengan pembeli terus mencari bekalan.
Menurut Persatuan Getah Dunia, harga getah dijangka kekal tinggi, kerana permintaan diunjur pada 11.15 juta tan metrik berbanding bekalan sebanyak 10.95 juta tan metrik.
Pada asas mingguan, harga penjual fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 16.5 sen kepada 1,734 sen satu kg daripada 1,717.5 sen satu kg sebelum ini.
Susu getah pukal meningkat 23.5 sen kepada 1,079.5 sen satu kg daripada 1,056.0 sen satu kg.
Harga penutup penjual tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 naik sepuluh sen kepada 1,727.5 sen satu kg daripada 1,717.5 sen satu kg minggu lepas, sementara susu getah pukal naik 27.5 sen kepada 1,086 sen satu kg daripada 1,058.5 sen satu kg sebelum ini.TVSNEWS
Komen : Tahniah!!!! Kerajaan pusat kerana naikkan getah dan sawit... Kepada rakyat malaysia untuk kekalkan harga ini..... Rakyat wajib beri kemenangan kepada Pakatan Rakyat Pada PRU negeri serawak dan PRU13 ni..... Percayalah jikalau BN menang kami percaya harga ini akan turun kepada sediakala..... Jangan kita di tipu lagi!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...