Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Februari 02, 2011

Program Jelajah Pemimpin PKR, Perbaiki Imej

Jelajah PKR perbaiki imej

PETALING JAYA - Program Jelajah Pemimpin PKR bermula semalam untuk membaiki imej dan perhubungan pemimpin parti dengan cabang di setiap negeri, terutama dalam usaha menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, program itu bermula semalam di Selangor dan membabitkan 30 lokasi di seluruh negara, terutama kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bawah PKR.

Jelajah itu akan dimula di Galeri Empire, Subang Jaya oleh naib presiden yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia.

Muhammad Nur berkata, turut disasarkan beberapa kawasan bawah Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) yang berpotensi dan strategik.

“Kami akan bincangkan pelbagai isu, termasuk tindakan beberapa ahli yang bertindak keluar parti. Apa yang penting adalah hubungan antara pemimpin tertinggi dan peringkat cabang dapat dieratkan. Kami sedia mendengar masalah yang dihadapi akar umbi bagi mencari jalan untuk mengatasinya,” katanya.

Muhammad Nur berkata, ketika sesi jelajah itu mereka akan membuka kaunter penerangan dan berusaha menarik golongan muda menyertai PKR.

Katanya, PKR juga akan memberi penerangan berhubung kandungan Buku Jingga kepada ahli dan program ini dijangka berakhir April ini.

“PKR berharap pihak keselamatan akan memberi kerjasama secara adil dan mematuhi jaminan hak untuk berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.SinarHarian

Komen : Semua pemimpin perlu turun ke semua kg2 bagi penerangan kebaikan bersama PKR.... Kami percaya dengan penjelasan yang baik rakyat akan memberi sokongan yang padu pada pru13 nanti.....terus kan program2 tanpa henti!!!! lawan sampai menang.....
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...