Tun M pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini.
Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.
Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.
Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus.
Kawasan JDA hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270km ke Songkla. Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!
Hak royalti Kelantan dengan itu dinafikan. Faedah industri hiliran juga dinafikan. Sekalipun telaga yang kaya itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain baik di Thailand atau Malaysia, namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli.
Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. Secara otomatik Melayu Kelantan juga terpencil.
Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu.
Lebih jelas lagi penghianatan Tun M terhadap Melayu anak negeri ialah bila royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama 22 tahun dibatalkan bila Terengganu terlepas dari tangan BN.
95% rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian UMNO semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.
Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.
Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik.
Pilihanraya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO ekoran isu DSAI. Kuasa UMNO tergugat. Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu.
Apa yang dilakukan oleh Tun M?
Mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan UMNO/BN.
Hari ini, pemimpin UMNO melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Angkara siapa?
Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh UMNO dalam diskusi ilmiah dengan Tun.
Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana UMNO mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun UMNO Khianati Melayu'.
Sumber : SINI
Senarai Blog...Geng
-
Pemimpin PAS gesa PM tolak tajaan lawatan rasmi - FMT ReportersPETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi, kerana bimbang ...2 jam yang lalu
-
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan Kelantan Hingga Sabtu - *PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri di Semena...6 jam yang lalu
-
PMX SENDIRI AKUI MARKAH D DIPEROLEHI MADANI - Berdasarkan jawapan Perdana Menteri di Parlimen hari ini, beliau secara jelas tidak menyanggah markah D yang diberi Bersih kepada kerajaan madani pimpin...12 jam yang lalu
-
APA PUN PANDANGAN BERSIH, HANYA CAKAP TANPA ADA PUN PEMBENTANGAN DAN PERDEBATAN MENGENAI KERAJAAN REFORMASI. - JANGAN MUSUHI DAN DIHARAP JUGA JANGANLAH SAMPAI ADA LAPORAN POLIS TERHADAP BERSIH 21 November 2024 Lantaran selama ini beranggapan Anwar Ibrahim ad...12 jam yang lalu
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan - *CATATAN PERISTIWA* *Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.* DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada malam Sabtu...4 minggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...8 bulan yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com4 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Isnin, Februari 28, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...