Sabtu, Februari 19, 2011

Orang melayu wajib!! menyokong Pakatan Rakyat..

Orang Melayu kena tegak Islam bukan Ketuanan Melayu, kata Hadi

February 19, 2011
SHAH ALAM, 19 Feb – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan nasib orang Melayu di negara ini akan terjamin sekiranya berpegang teguh kepada ajaran Islam bukannya Ketuanan Melayu yang dilaungkan Umno-BN.

Beliau (gambar) berkata Islam tidak mengamalkan konsep Ketuanan Melayu seperti mana yang dibawa Umno.

“Kalau orang Melayu nak selamat, mesti tegakkan Islam baru selamat.

“Kalau tegakkan Melayu memang tak selamat,” kata beliau pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS hari ini.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata Islam yang diturunkan Allah s.w.t merupakan satu amanat kepada orang Melayu.

“Islam namakan kepimpinan sebagai amanat, sebab itu kepimpinan Islam tidak amalkan konsep menghambakan orang.

“Selain itu, kepimpinan Islam tak semestinya didokong hanya orang Islam, Islam tidak fokus hanya kepada kaum tertentu sahaja,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Pakatan Rakyat perlu membuat satu pendirian tetap sama ada mahu berhadapan dengan Umno atau mengelak berhubung isu Ketuanan Melayu.

Katanya, isu Ketuanan Melayu telah digunakan Umno semata-mata mahu mendapatkan sokongan orang Melayu.

Menurut Ahli Parlimen Machang itu, Umno menggunakan isu Ketuanan Melayu dengan harapan sokongan orang Melayu terhadap PAS dan PKR akan terhakis.

“Kita perlu pilih satu, di persimpangan dua jalan, sama ada berhadapan secara terus dengan Umno dan menyelesaikan perkara ini ataupun mengelak.

“Kedua-duanya boleh kita gunakan, kerana keputusan pilihan raya umum di tangan rakyat, kita mahu tidak mahu kena pilih,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS.

Kata Saifuddin, isu Ketuanan Melayu ini semakin hangat diperkatakan kerana keputusan pilihan raya umum lalu didakwa menghakis kuasa politik Melayu.

“Golongan yang paling lantang memperkatakan isu Ketuanan Melayu adalah dari kelas pertengahan Melayu, sekali gus turut menjadi wakil kepada kelas bawahan.

“Selain itu, kumpulan-kumpulan ultra-Melayu pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan turut menyumbang kepada pola pengundian ini,” katanya.

Saifuddin juga menegaskan tugas Pakatan Rakyat sekarang adalah untuk menerangkan kepada orang Melayu bahawa gabungan tiga parti itu akan terus mempertahankan hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu bebaskan minda orang Melayu yang dikongkong oleh Umno, oleh itu kita kena bertindak sekarang, kerana belum tentu undi kita bertambah nanti,” katanya.TheMalaysiaInsider

Komen : Syabas!!!! YB Marang Dan YB Machang....Orang melayu wajib menyokong Pakatan Rakyat.......

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng