Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Februari 02, 2011

Rakyat Malaysia Pasti Bersama Pakatan Rakyat!!!!!

PKR: Tahun penentu rakyat pilih antara Pakatan dan BN

February 02, 2011
 
KUALA LUMPUR, 2 Feb — PKR, parti pelbagai kaum berharap, sementara masyarakat Cina menyambut Tahun Baru esok rakyat akan membuat keputusan bijak dalam menentukan masa depan politik dengan memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
Pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan tahun ini.

Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau berharap agar ia menjadi kayu ukur sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihahan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan tahun ini.

Kata Dr Wan Azizah (gambar), tahun ini adalah tahun penentu dan sudah tiba masa rakyat membuat keputusan bijak sama ada mahu terus bersama pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

“Tahun ini adalah tahun penentu memandangkan besar kemungkinan pilihan raya umum mungkin diadakan.

“Inilah masanya rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang maju ke hadapan.

Pakatan Rakyat adalah pilihan bagi menjana kehidupan yang mencerminkan sebuah negara yang benar benar merdeka dari segi politik, ekonomi dan sosial,” katanya dalam perutusan Tahun Baru Cina.

“Semoga Tahun Baru Cina diraikan dengan suasana yang mesra dan meriah. Tahun ini adalah tahun arnab, ia melambangkan sifat-sifat yang peka,bijaksana, diplomatik lagi berseni.

“Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh menjalin perpaduan tulen di antara segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian kaum. Hanya dengan keharmonian sejati maka agenda besar membina sebuah masyarakat bertamadun akan tercapai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghoa.

“Tahun arnab bagi masyarakat Cina adalah tahun keempat dalam kalendar mereka. Arnab adalah isyarat bertuah serta lambang kepada kestabilan, keamanan dan ketenangan.

“Adalah dinasihati sepanjang tahun arnab ini sememangnya baik tumpuan diberi kepada keluarga, keselamatan mereka dan berusaha membangun lingkungan yang aman,” katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata Pakatan Rakyat akan terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjamin.

“Saya yakin hasrat yang demikian murni, iaitu memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga dan lingkungan juga dikongsi bersama masyarakat Melayu, India, Iban dan Kadazan.

“Pakatan Rakyat juga berusaha keras setiap masa demi memastikan hasrat tersebut terlaksana,” katanya.TheMalaysiaInsider

Komen : Kami rakyat malaysia pasti akan bersama pakatan rakyat......Kami sudah benci sama umnobn yang selalu tindah rakyat dengan kenaikan barang2 dan sebagainya...
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...