Beberapa  pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes  berkenaan.
Doktor berkenaan  menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd  Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan  seks oral."
Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.
Dua  orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi  forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.
LAPORAN LANGSUNG
12.12pm:  Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan  presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi  Yusoff. 
11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari. 
11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.
Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.
Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.
11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.
Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.
Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.
11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.
11.17am: Satu  lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal  pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah  sampul. 
11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.
Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.
Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.
11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan. 
11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.
Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.
11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.
"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.
DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.
Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.
DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.
Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.
10.59am:  Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan.  Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair  semuanya memakai sarung tangan getah.
Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.
Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.
10.27am:  Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi  calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti. 
10.15am:  Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude  Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga  bungkusan tersebut.
10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.
10.06am: Mahkamah bersidang semula.
10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.
10.06am: Mahkamah bersidang semula.
9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.
Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.
Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.
9.20am: Seah  berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.      
Bagaimanapun,  terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos,  2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga  terdapat perubahan.
Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti. 
Ram  memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan  kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu  mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.
Borang  berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 –  dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu. 
8.55am:  Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang  akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan  kesan biologi pada tisu.
Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.
Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.
8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Galeri  awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah  ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa  Saiful, Azlan Md Lazim.
Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.MalaysiaKini
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...