Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Februari 08, 2011

TP PKR Memberi Jaminan Aduan Ahli Diteliti Oleh Parti!!

Azmin Jamin Aduan Ahli Diteliti Parti


PETALING JAYA 8 FEB: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini memberi jaminan bahawa setiap aduan yang dikemukakan oleh anggota parti menerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mahupun Jawatankuasa Disiplin akan diadili dan hampir semua diteliti Majlis Pimpinan Pusat(MPP).

Justeru beliau menyarankan agar mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat susulan mengenai aduan boleh memohon laporan daripada ibupejabat PKR.

Bercakap dalam sidang media mingguan PKR pagi tadi, Azmin menjelaskan beliau dan kepimpinan parti telah pun dimaklumkan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) tentang aduan-aduan yang diterima termasuk daripada Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

"Saya memberi jaminan bahawa parti akan memberikan laluan kepada setiap laluan untuk mendapat keadilan serta didengari. Saya dan kepimpinan telah dimaklumkan dalam Majlis Pimpinan Pusat hampir kesemua aduan-aduan ini telahpun diteliti dan diambil keputusan samada oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat mahupun Jawatankuasa Disiplin.

"Ada beberapa kes lagi yang masih dalam siasatan. Namun mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumbalas tentang aduan-aduan ini, ibu pejabat bersedia untuk membekalkan laporan kepada mereka yang berkenaan supaya tidak timbul salah faham atau tuduhan yang tidak berasas," jelas beliau kepada media.

Disember lalu, Badrul Hisham telah mengemukakan aduan bersabit pemilihan Angkatan Muda Keadilan. 

Badrul kemudian memutuskan tidak akan menerima sebarang jawatan selagi beliau berpuashati  aduan mengenai dakwaan wujudnya kepincangan pemilihan dijawab dengan rasmi oleh jawatankuasa pemilihan.

Dalam masa yang sama, Azmin menjelaskan bahawa parti PKR menerusi Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail telah mengumumkan keputusan kepada pengadu.

Justeru beliau menolak sebarang isu yang ingin ditimbulkan mana-mana pihak berhubung keputusan MPP.

"Pada masa yang sama Setiausaha Agung juga telah memaklumkan kesemua keputusan yang telah diambil kepada pengadu yang telah mengemukakan aduan berkenaan. Jadi bagi saya isu ini tidak timbul sama sekali," ujar Azmin lagi.

Sepanjang pemilihan MPP lalu, 18 aduan telah dikemukakan kepada JPP manakala bagi pemilihan cabang pula sebanyak 289 aduan.TVSNEWS

Komen : Terima kasih kepada TP PKR kerana memberi perhatian... PKR perlu bertindak cepat selesaikan masalah aduan yang di kemukakan ahli, untuk kepuasan ahli-ahli di bawah sebelum PRU13. 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...