Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Februari 16, 2011

Fitnah 2 : Peguam Negara Di minta Menarik Balik Tuduhan!!! Untuk Mengelak Negara Di Malukan..

TERKINI @ 05:07:12 PM 16-02-2011
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
February 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan ekoran “bukti terbaru” yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah hari ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas.

Sehubungan itu kata beliau, di bawah kanun prosedur jenayah, hanya Peguam Negara yang boleh menarik balik tuduhan terhadapnya.

“Saya meminta Peguam Negara menarik balik tuduhan bagi mengelakkan negara dimalukan lagi.

“Dalam soal pendakwaan, kita ada versi yang berbeza mengenai isu-isu asas dalam perbicaraan ini,” kata Karpal kepada pemberita.

Anwar pula berkata bukti baru itu menunjukkan pendakwaan ke atasnya adalah sesuatu yang “remeh-temeh dan tidak berasas.”

“Ini satu pendakwaan... mengapa Peguam Negara mahu meneruskan dan berkeras dengan tuduhan yang bermotifkan politik?” kata Anwar.

Dalam pada itu, perbicaraan kes liwat Anwar terganggu berikutan berlaku gangguan bekalan elektrik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Bagaimanapun bekalan elektrik pulih pada 11.10 pagi dan perbicaraan disambung semula pada 2 petang.

Bekalan elektrik terputus kira-kira 11 pagi sejurus selepas saksi kelima pihak pendakwaan Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia mengangkat sumpah.

Terdahulu, Dr Khairul, Pakar Penjagaan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, semasa memberikan keterangan berkata beliau tidak mengisi beberapa maklumat perubatan penting dalam borang proforma semasa beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful.

Beliau bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa antara maklumat yang tidak diisi ialah mengenai sejarah seksual pengadu, pemeriksaan fizikal, keadaan yang membawa kepada insiden itu dan sama ada mangsa telah membasuh mulutnya selepas dakwaan “seks oral”.

Semasa laporan pro-forma itu dirujuk kepadanya oleh Karpal, Dr Khairul bersetuju bahawa tiada paksaan digunakan semasa perbuatan itu.

Bagaimanapun, katanya Saiful telah memaklumkan kepadanya bahawa dia telah cuba melawan.

Kepada soalan Karpal seterusnya, Dr Khairul menjelaskan borang laporan itu hanya sebagai panudan dalam merekodkan sejarah daripada pesakit dan menurutnya dalam kes itu, Mohd Saiful dengan jelas memberitahunya yang dirinya telah diliwat dan diminta melakukan seks oral oleh seorang tokoh berprofil tinggi.

Kepada soalan lain Karpal, Dr Khairul mengakui sebelum menyediakan laporannya itu pada 13 Julai 2008, beliau sudah membaca laporan kimia yang diterima jabatannya dua hari sebelum itu.

Bagaimanapun, katanya pada masa itu beliau tidak tahu tempat sebenar empat spesimen itu diambil.

“Hanya selepas dimaklumkan mengenai kehadiran air mani pada palitan B5, B7, B7 dan B9 dan lokasi sebenarnya semasa pemeriksaan utama, ketika itu saya mengesahkan ada berlaku kemasukan,” jelas Dr Khairul.

Pakar HKL itu menafikan berlaku percanggahan dalam keterangan beliau di mahkamah berbanding dengan apa yang dicatatkannya dalam laporan yang disediakannya bersama-sama dengan dua lagi pakar HKL iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Doktor berkenaan dalam laporan mereka menyatakan tiada penemuan klinikal yang konklusif mengenai kemasukan pada dubur dan tidak terdapat kesan luka yang ketara pada badan pesakit.TheMalaysiaInsider

Seorang Pengomen : Saifool ckp anwar paksa dia lakukan oral S** pulak. So kenapa dia tak gigit atau bobbitkan anwar punya anu bila dipaksa ??. Ini baru ada bukti kukuh bila anwar cuba dapatkan rawatan perubatan.Semua ni dah semakin karut dan carca marba.Penipuan demi penipuan digunakan untuk menutup satu penipuan.Bukan senang nak menipu di mahkamah.....
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...