Isnin, Februari 21, 2011

Program 100 Hari PR Bakal!!! Humbankan Kerajaan Kuku Besi UmnoBN!!

Anwar: Buku Jingga Hapus Dasar Kuku Besi BN



MENTAKAB 21 FEB: Dasar 'kuku besi' yang menjadi amalan Umno-Barisan Nasional(BN) akan dihapuskan serta-merta melalui Program 100 Hari yang terkandung dalam Buku Jingga jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian semasa menghadiri ceramah di Mentakab Pahang dalam rangka jelajahnya yang menerangkan berkenaan isu semasa kepada rakyat.

Melalui program Buku Jingga, Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada semua demi membela nasib rakyat terbanyak.

"Kita perintah yang kita nak tolong rakyat, Cina, Melayu, India, yang miskin kita tolong. Kenapa nak tolong tiga, empat pemimpin Umno, ini negeri Umno ke? Ini negeri rakyat punya ini yang mesti kita faham.

"Kerja kita bukan tolong tauke. Kita mesti tukar dasar dan tumpu kepada rakyat. Cina, India, Melayu, Iban atau Kadazan kita mesti tolong," jelasnya.

Ketua Umum PKR itu juga yakin, revolusi yang berlaku di Tunisia dan juga Mesir akan merubah dasar serta corak sesuatu pemerintahan melalui  kuasa rakyat yang mampu menumbangkan penguasa serta pemimpin kuku besi. 

Anwar berkata, peristiwa di Tunisa dan Mesir harus dijadikan pengajaran kepada pemimpin Umno-BN. 

"Orang Tunisia miskin, harga semua naik, tepung, minyak, susu, cukai tinggi. pemimpin curi 70 bilion ringgit.

"Orang marah, rakyat miskin, semua kontrak dia sapu, harga barang naik, orang muda tak ada kerja maka berlaku pemberontakan rakyat," katanya.

Hari ini di Malaysia beliau menambah, kemiskinan yang ditanggung oleh rakyat bawahan adalah akibat sifat tamak pemimpin Umno-BN yang mengamalkan dasar 'memperkayakan pemimpin' sahaja demi kepntingan diri serta kroni masing-masing.

"Ini yang saya tak faham umno punya otak, kasi tauke banyak banyak ok. Sebab apa? poket ada masuk lah.
"Tolong rakyat miskin, dia marah," katanya.TVSNEWS

Komen : Sedarla wahai!!!! rakyat malaysia sudah sampai masanya kita melantik kerajaan baru untuk masa depan anak2 generasi akan datang..... kami tidak mahu di tipu lagi!!!!!

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng