Rabu, Februari 23, 2011

Fitnah Liwat II: Bulu, tuala 'Good Morning' jadi tumpuan

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan saksi keenam pihak pendakwaan, iaitu ahli kimia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan.

Nor Aidora memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008. Beliau menganggotai jabatan tersebut pada 1998.

Nor Aidora berkata sejak menyertai jabatan berkenaan beliau telah mengendalikan lebih kurang 100,000 sampel DNA.
Katanya lagi, beliau sering mengendalikan kes-kes berkaitan pembunuhan dan rogol serta kes-kes yang membabitkan analisis DNA dan memerlukan bukti DNA biologikal

Namun apabila Nor Aidora cuba merujuk kepada laporan berhubung apa yang diterimanya pada 17 Julai 2008, peguambela Sankara Nair membuat bantahan kerana saksi dikatakan membangkitkan bukti-bukti yang masih belum dikemukakan mahupun disebut.
Namun Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mencelah dan berkata tidak apa yang perlu dibantah kerana saksi belum menyatakan apa-apa lagi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian mengarahkan semua pihak berjumpa dengannya di kamarnya.
Perbicaraan kemudiannya bersambung dengan ahli kimia itu mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada sehelai bulu, satu berus gigi kecil warna putih, sehelai tuala kecil jenama Good Morning yang turut terdapat sehelai lagi bulu dan satu botol air mineral plastik.
Awal pagi tadi, pakar DNA Dr Seah Lay Hong menyambung keterangannya dan sesi soal balas buat hari kelima.

Semalam, Seah enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dicatatkan dan sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.MalaysiaKini

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng