SHAH  ALAM 20 FEB: Cabaran Datuk Seri Najib Razak agar Pakatan Rakyat(PR)  menamakan 'Kabinet Bayangan' menunjukkan Perdana Menteri itu tidak  faham dengan istilah berkenaan.
Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Batu,  Tian Chua menganggap cabaran ini  tidak masuk akal jika kerajaan sendiri  tidak mengiktiraf kewujudan 'Kabinet Bayangan' tersebut.
 "Perdana Menteri tak faham, kita hanya boleh adakan 'Kabinet Bayangan' bila ada pengakuan dari parti pemerintah.
"Kabinet Bayangan merupakan satu janji  kepada rakyat bila kita menang kita akan lantik sekian nama untuk  menjadi menteri, dia bukan portfolio, kalau kita kata Kabinet  Bayangan, Menteri Kewangan, Tony Pua, maksudnya selepas kita menang tak  boleh lantik orang lain.
"Ini tidak pernah berlaku di Malaysia,  tak mungkin kita bagi janji ini sebelum kita menang, Najib pun tidak ada  Kabinet Bayangan, kalau dia menang hanya rombakan akan dibuat," katanya  kepada Tv Selangor.
Menurut Tian lagi, perancangan yang  dibuat oleh PR adalah dengan menubuhkan panel bayangan sahaja dan ia  telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu, namun kerajaan Barisan Nasional  tidak mengiktirafnya, jadi bagaimana Perdana Menteri mencabar PR untuk  mewujudkan Kabinet Bayangan.  
"Najib pun tak bersedia untuk berunding  dan bekerjasama dengan pembangkang jadi ini maksudnya mereka hipokrit  bila dia kata kita tak tubuhkan Kabinet Bayangan," katanya.
Beliau juga membidas kenyataan Najib  yang menuduh PR merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang  hanya pandai membuat gambaran sahaja.
"Kita boleh tunjuk kerana kita telah  memerintah di beberapa negeri dan negeri-negeri ini kita bolehlah  gambarkan apabila kita memerintah seluruh negara apakah gambaran kasar  corak pemerintahan kita," jelasnya.
Najib berkata demikian ketika sambutan Tahun Baru Cina, di Dataran Politeknik di Merlimau, Melaka malam tadi.TVSNEWS
Komen : Tahniah!!!!! Naib Presiden PKR (Tia Chua) dengan cepat bertindak balas dan libasan yang baik yang terkena kepada bapak penipu kepada rakyat...... 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...