Forum TV1 : BN tiada hujah tolak kandungan Buku Jingga
Pengarah  Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata dua panel kerajaan itu  seolah-olah enggan menerima hakikat kebaikan kandungan Buku Jingga  kepada rakyat tetapi gagal membawa hujah bernas.
“Dua  panel itu banyak menentang kandungan Buku Jingga itu dan tidak melihat  secara dasar slogan PR yang ingin mengurangkan beban terhadap rakyat,”  katanya kepada KeadilanDaily.com
Forum  Bicara Rakyat disiar Radio Televisyen Malaysia (RTM1) dengan  menampilkan Rafizi dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dan  Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa, Datuk Mahani  Zainal Abidin.
Bagaimanapun,  Rafizi berkata walaupun dua panel kerajaan itu menolak kandungan Buku  Jingga tetapi beliau tidak terkilan kerana forum itu membantu mempromosi  Buku Jingga kepada rakyat.
“Sekurang-kurangnya  kita dapat mengemukakan kandungan Buku Jingga kepada rakyat sekaligus  mempromosikannya kepada mereka,” katanya.
Mengulangi  hujahnya pada forum itu, Rafizi berkata, penyelarasan dan penstrukturan  semula membabitkan subsisdi gas tahunan melibatkan RM19 bilion boleh  dikurangkan dengan kesanggupan drastik daripada kerajaan.
“Bebanan  menanggung subsidi bukan isu yang baru dibangkitkan kerana melibatkan  puluhan tahun sejak dahulu lagi. Sehingga kini cadangan untuk meminda  perkara itu tidak dilaksanakan.
Beliau  berkata, ia berlaku ekoran negara ini kekurangan gas dan terpaksa  mengimport daripada Brunei dan Thailand dengan harga tiga kali ganda.
“Setiap  tahun Petronas terpaksa membeli bagi mendapatkan bekalan gas sehingga  melibatkan jumlah yang besar. Sebaliknya, jika pemansuhan subsidi gas  dibuat, kerajaan akan memperoleh RM19 bilion dalam bentuk hasil,”  katanya.
Rafizi  menegaskan subsidi gas harus dihenti kerana pembiayaan itu bermakna  kehilangan hasil negara meskipun pakar strategi kerajaan memberi alasan  ia membantu menjana peluang pekerjaan.
Beliau  berkata, kajian Prof Jeff Rector dari Universiti Stanford pada 2005  menunjukkan 81 peratus subsidi gas diberi kepada industri dan perniagaan  dan hanya 19 peratus kesannya dirasai rakyat.
Pemansuhan  subsidi gas adalah antara inisiatif yang disyor Pakatan Rakyat jika  mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak.
Norutul Ilham | 5 Feb 2011, 01:38 pm
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...