Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 07, 2011

Tahniah!!!! Presiden PKR Dapat Selesaikan Isu Sabah

PKR Tubuh Majlis Presiden Pacu Halatuju Jelas Di Sabah



SHAH ALAM 6 FEB : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penubuhan Majlis Presiden bagi memberi fokus dan halatuju jelas kepada PKR di Sabah bagi menghadapi pilihanraya umum dan negeri itu.

Wan Azizah mengumumkan perkara ini selepas mengadakan mesyuarat bersama-sama pimpinan PKR di Kota Kinabalu petang tadi.

Menurut Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang dihubungi oleh TV Selangor menjelaskan penubuhan Majlis Presiden ini yang mirip kabinet bayangan kerajaan Sabah adalah untuk memastikan gerak kerja menjurus menghadapi pilihanraya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

" Maka dengan itu tadi Presiden mengumumkan penubuhan Presidential Council iaitu bagaimana Presidential Council ini akan fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan Sabah dan ianya mirip kepada portfolio kabinet bayangan kerajaan BN di Sabah sekarang ini," katanya.

" Maka dengan fokus membawa isu yang berkaitan kewangan di Sabah,perumahan,berkaitan dengan kerajaan tempatan,perhutanan, keselamatan dan sebagai jadi itu tujuan Presidential Council supaya fokus berhadapan pilihanraya umum ke-13  dan pilihanraya negeri supaya kita menjuruskan segala tenaga kita untuk meletakkan  sasaran untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional," jelas Fuziah lagi.

Menurut Fuziah lagi, Majlis Presiden akan diketuai oleh Datuk Seri Wan Azizah sendiri yang kini memimpin Majlis Pimpinan Sabah.

" Presidential Council akan diketuai oleh Presiden sendiri sebab ia adalah permintaan orang Sabah supaya Presiden menjadi Ketua Majlis Pimpinan Negeri dan ini buat tempoh sementara  dan buat sementara ini akan driven by objective untuk kita membuatkan program high impact yang akan memberi peluang kepada pimpinan untuk lebih fokus," katanya. 

Semalam Pajuddin Nordin yang baru memimpin MPN Sabah tidak sampai sebulan mengumumkan keluar parti selepas 18 daripada 25 Cabang menyatakan tidak bersetuju dengan perlantikan itu.

Tambah Fuziah lagi, kejayaan mesyuarat hari ini merupakan titik penting ke arah memperkukuhkan gerak kerja PKR Sabah ekoran kemelut politik yang dihadapi mutakhir ini.

"Yang menjadi kejayaan mesyuarat pada hari ini ialah turning point dimana sebelum ini ketua-ketua cabang agak tiada arah strategi yang jelas tetapi pada hari ini perlu memberi tumpuan dan mengenalpasti isu yang penting kepada pengundi, berkenaan menyiapkan manifesto , untuk menawan Sabah dan sebagainya," katanya.TVSNEWS

Komen : Tahniah!!!! Presiden PKR atas kejayaan dengan cepat menyalesaikan isu di sabah....Kami yakin pkr akan bertambah kuat!!!! akan menempah kejayaan dengan adanya hala tuju pkr sabah....
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...