Ditulis oleh Radzi Razak
PETALING  JAYA 12 FEB : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali  menganggap fitnah Umno serta kroni mereka terhadap Ketua Umum PKR Datuk  Seri Anwar Ibrahim langsung tidak pernah terbukti.
Mengulas mengenai laporan polis yang  dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa Anwar  kini sedang merancang untuk mendapat suaka politik di luar negara.
"Hak mereka untuk buat laporan polis  tetapi dah 12 tahun Umno dan (kini) Perkasa untuk memfitnah anwar dan  tiada bukti. Mereka tuduh anwar ejen Amerika, ejen teroris Islam,  macam-macam," katanya.
Semalam, Ketua Wira Perkasa Armand Azha  Abu Hanifa membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon  kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau  tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.
Namun bagi Azmin, hal ini remeh dan bukanlah sesuatu yang dipandang berat Pakatan Rakyat.
Azmin menegaskan Pakatan Rakyat lebih  menitik beratkan soal kesusahan hidup rakyat dan bukannya fitnah dan  cerita bohong seperti ini.
"Ini semua orang yang hilang akal. Kita  langsung tak beri perhatian perkara ini. Semua fitnah yang diulang skrip  dan watak yang sama.
"Rakyat dah lemas dengan fitnah  sebegini. Mereka nak maju ke depan dan ini yang sedang diusahakan PR.  Bukan soal kita nak alihkan pandangan. Rakyat sekarang lebih berminat  bagaimana nak selamatkan ekonomi. Sebab itu PR perkenalkan pelbagai  rancangan ekonomi dalam buku jingga," tegas Azmin.
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa  turut memberi komen mengenai cara Umno menggunakan kakaknya Umi Hafilda  dan bekas Pembantu Anwar, Rahimi Osman dalam kempen menyebarkan fitnah  dan cercaan di bawah nama 'Kempen Selamatkan Selangor'.
Menurut beliau rakyat Selangor lebih  bijak dan dapat menilai sendiri kebaikan pimpinan Pakatan Rakyat di  bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang jauh lebih baik dari  kepimpinan selama lebih 50 tahun di negeri ini.
"Apakah dengan mencerca, hamun dan  fitnah itu move forward (akan membawa ke hadapan) ? jangan perlekehkan  rakyat Selangor. Rakyat cukup matang menilai dan tentukan apa yang  berhak, apa yang dusta dan keji. Jangan kita perlekehkan kekuatan rakyat  pada hari ini. kalau Umno memilih jalan memaki hamun dan cerca,  teruskan. Kalau itu program mereka, teruskan. Tetapi PR di bawah  pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berusaha untuk mengangkat martabat  bangsa dan rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor,"  katanya.TVSNEWS
Komen : UmnoBn dah tak ada isu.... kesian puak2 ni..... Fitnah ini tidak akan memulihkan  umno !!! Rakyat akan hancurkan Pada PRU13..... Rakyat akan bangkit!!!! 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...