KUALA  LUMPUR 16 JAN : Pengumuman rasionalisasi harga minyak, diesel, gas  petroleum cecair LPG dan gula oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unit  Penyampaian dan Pengurusan Prestasi atau PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala  Disember tahun lalu melanggar dua janji besar kepada rakyat.
Pertama adalah janji reformasi sektor  tenaga, terutamanya subsidi RM19 bilion  setiap tahun kepada penjana  tenaga bebas atau IPP, dan kedua adalah janji tiada kenaikan harga  minyak dan barangan asas selepas kenaikan siri pertama Julai tahun yang  sama.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat,  Rafizi Ramli, berkata dua perkara ini menunjukkan Perdana Menteri Najib  Abdul Razak nekad melindungi kepentingan kroni sementara menghapuskan  subsidi yang memberi impak kepada rakyat seluruhnya.
Pertikaiannya adalah Perdana Menteri  Najib Razak enggan mengemukakan mekanisma penyelarasan subsidi kepada  segmen masyarakat yang memerlukan, sebelum menguatkuasakan keputusan  untuk menghapuskan subsidi bahan bakar.
"Apabila dalam usaha kita mengurang  defisit itu, kenapa rakyat yang dihukum terlebih dahulu? kenapa  perbelanjaan RM 15 bilion kepada rakyat yang perlu dipotong sedangkan  banyak lagi perbelanjaan lain terutamanya yang diberi terus kepada  syarikat swasta, ataupun perbelanjaan kerajaan yang meningkat tidak  dikawal? perbelanjaan JPM contohnya RM21 bilion,kenapa tidak dipotong?  kenapa kerajaan beri subsidi RM19 bilion kepada IPP dan industri  elektrik, kenapa itu tidak dipotong? itu persoalan yang pertama,"  katanya.
Rafizi berkata demikian di Forum  Mahasiswa Malaysia. Minyak: Asasi Yang Dilacur di ibu negara 14 Januari  lepas. Beliau menjelaskan Najib dan Pemandu merancang menaikkan harga  bahan bakar sebanyak 10 sen setiap enam bulan sehingga akhir tahun 2011.
"Pemandu mengumumkan rancangan untuk  mengurangkan subsidi minyak dan LPG ini, iaitu untuk menaikkan 10 sen  setiap enam bulan, terbaru adalah bulan 12 lalu. Kalau setiap enam bulan  dinaikkan, menjelang akhir tahun 2011 harganya mencecah harga pasaran  dan kerajaan tidak perlu bagi subsidi satu sen pun pada rakyat,"  katanya.
Rafizi dalam hujahnya meminta mahasiswa supaya menilai isu kenaikan harga minyak dari perspektif ekonomi yang luas.
Beliau akur bahawa manipulasi kos minyak  memberi kesan buruk pada ekonomi, namun kerajaan bertanggungjawab  memberi bantuan kepada segmen masyarakat yang paling terkesan dengan kos  kehidupan yang semakin menekan.
Ini kerana kemelut hari ini berpunca dari amalan urustadbir ekonomi yang goyah dan boros.
"Kita tidak boleh bercakap tentang  kenaikan harga minyak, tanpa berbincang mengenai kedudukan ekonomi  negara. Ekonomi parah kerana kita berhutang banyak. Kutipan cukai setiap  tahun antara RM160 hingga RM170 bilion, sedangkan kerajaan berbelanja  RM 200 hingga RM 210 bilion setiap tahun. Maknanya ada hutang RM40  bilion. Negara kita mengalami defisit 12 tahun berterusan adalah amat  buruk untuk ekonomi. Tiap-tiap kalau kita takde duit lebih, dan asyik  berhutang, maknanya lama-lama muflis lah," katanya.
Bagi Parti Keadilan Rakyat, subsidi  bahan bakar adalah satu keistimewaan kepada golongan mewah, namun satu  keperluan bagi isi rumah yang sekadar mampu mengisi keperluan harian.
Kajian mendapati kenaikan 5 sen untuk  bahan bakar, 20 sen untuk gula dan LPG memberi impak kepada kehidupan 40  peratus dari isi rumah nasional.
Kumpulan ini bersamaan 8 juta orang, dan  sekadar meraih RM1,500 sebulan. Dianggarkan 80 peratus dari pendapatan  mereka digunakan untuk perbelanjaan asas seperti sewa rumah, makanan,  sekolah anak-anak, pakaian dan tenaga.
"Kerajaan di Putrajaya, memotong bantuan  terus kepada rakyat. Kategori pertama yang dipotong adalah bantuan  bahan api seperti subsidi gas, petrol dan juga gas memasak iaitu LPG.  Yang ini jumlahnya RM11 bilion setiap tahun. Subsidi kedua adalah  subsidi makanan iaitu beras, gula dan gandum tak silap saya, yang  jumlahnya RM4 bilion," katanya.TVSNEWS
Komen : Beginilah nasib rakyat di bawah kuasa umnoBN!!! Kepada Rakyat malaysia khasnya yang masih lagi beri sokongan kepada UmnoBN, marilah pakat ubah dan beri sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 untuk kebaikan generasi masa depan.... Kepada pengundi tenang beri signal kemenangan kepada PR.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...