SHAH  ALAM 22 JAN : Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang tidak  boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan kejayaan mana-mana parti  khususnya dalam pilihanraya umum ke-13 ini,kata penganalisis politik Dr  Hassan Hasbullah.
Sebelum ini , Umno-Barisan Nasional  meletakkan sasaran kemenangan besar majoriti sebanyak 5,000 undi yang  dilihat satu penanda aras untuk memanggil pilihanraya umum ke-13 secara  mengejut dalam jangka masa lebih awal.
Sementara itu kempen lapan hari pilihan  raya kecil Tenang bermula hari ini selepas proses penamaan calon selesai  pagi ini. Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan satu  lawan satu antara calon BN dan PAS.
BN menamakan Mohd Azahar Ibrahim, 39,  yang sebelum ini merupakan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil  Rengit manakala PAS mengumumkan bekas guru, Normala Sudirman, 38,  sebagai calon parti itu.
Dr Hassan Abdullah yang dihubungi TV  Selangor berkata DUN Tenang yang sejarahnya Umno-BN tidak pernah kalah,  tidak boleh menjadikan keputusan pilihanraya kecil ini untuk memanggil  pilihanraya umum lebih awal kerana sikap pengundi sentiasa berubah-ubah.
"Semua pilihanraya kecil yang berlaku di  negara kita tidak mungkin menjadi penanda aras kepada mana-mana parti  politik untuk mengatakan kemenangan pada parti-parti politik tersebut   sebagai satu keselesaan kepada mana-mana parti politik.
Masyarakat sentiasa  berubah-ubah,manakala Dewan Undangan Negeri Tenang adalah sejarahnya  menyatakan bahawa Barisan Nasional tidak pernah kalah di kawasan ini,  tetapi undinya sangat merosot pada 2008 dan jika keputusan pada kali  ini,Barisan Nasional mendapat undi majoriti sebanyak 5,000 masih juga  bukan satu petunjuk, kerana ia merupakan satu pilihanraya kecil di mana  semua operasi di peringkat nasional tertumpu ke situ  sebagaimana peristiwa di Pilihanraya Kecil DUN Galas dan  sebagainya," katanya.
Tambah Dr Hassan lagi bahawa banyak  janji-janji dalam pilihanraya kecil ditaburkan dan seumpama drama yang  jelas tidak boleh digunakan sebagai tanda aras kejayaan sesuatu parti.
"Sebab itu kita dapati bahawa banyak  janji-janji bahawa ataupun manifesto yang ditaburkan pada masa  pilihanraya kecil jarang terlaksana sepenuhnya, ia tidak ubah seperti  sebuah drama dalam merayakan demokrasi dan tidak memberi petunjuk kepada  proses pilihanraya yang sebenar," katanya lagi.
Dr Hassan juga menyatakan pandangannya  bahawa terdapat beberapa faktor penentu pengundi yang dijadikan asas   dalam pilihanraya kecil DUN Tenang ini.
"Di Dewan Undangan Negeri Tenang sebenarnya terdapat lima faktor utama,pertama ialah faktor kuasa kelas menengah Melayu di mana kebanyakkan kuasa kelas menengah Melayu masih lagi berpihak kepada Barisan Nasional dan mereka begitu memerhati perkembangan pihak Pakatan Rakyat ,manakala pengundi Cina kelihatan nyata dan amat jelas sekali berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala pengundi India melihat kepada perkembangan di peringkat nasional.
"Di Dewan Undangan Negeri Tenang sebenarnya terdapat lima faktor utama,pertama ialah faktor kuasa kelas menengah Melayu di mana kebanyakkan kuasa kelas menengah Melayu masih lagi berpihak kepada Barisan Nasional dan mereka begitu memerhati perkembangan pihak Pakatan Rakyat ,manakala pengundi Cina kelihatan nyata dan amat jelas sekali berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala pengundi India melihat kepada perkembangan di peringkat nasional.
Jadi kita dapati penentu di Tenang  adalah pengundi Cina samada Pakatan Rakyat memperolehi keseluruhan  pengundi Cina, dia akan menjejaskan pencapaian Barisan Nasional manakala  jika hanya anggaran 30-40 peratus berpihak kepada Pakatan Rakyat maka  keputusan tidak akan berubah seperti tahun 2008  di antara majoriti pada  2004," katanya lagi.
Dr Hassan juga yakin,golongan muda bakal menjadi antara faktor penentu besar di DUN Tenang ini.
"Pilihanraya pertama di bahagian Selatan  ini untuk tahun ini seperti ada satu arus baru kerana selepas ini akan  berlaku di Merlimau , maka kuasa kedua yang terbentuk  adalah  pengundi muda  kerana pengundi-pengundi muda adalah besar di Tenang,"  katanya.
Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos. 
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014  orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780  (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus),  Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16  peratus). Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lepas. TVSNEWS
Komen :Terima Kasih Kepda Prof. Dr Hassan Hasbullah ramalan dan analisis yang sangat baik......semoga pengundi di dun tenang memberi undi kepda pakatan rakyat....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...