Jumaat, Januari 14, 2011

Debat : Rafizi Lawan Khairy

PKR tawar Rafizi bahas dengan Khairy
 
PKR kecewa perdana menteri menolak pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung program 100 hari Pakatan Rakyat, tetapi menerima jemputan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk membahaskan program tersebut.

NONE"Pelawaan asal Anwar selaku ketua umum PKR dan ketua pembangkang adalah kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Namun atas semangat mengadakan wacana umum bagi menilai tawaran Pakatan, PKR menawarkan pengarah

Ssrategi PKR, Rafizi Ramli untuk berbahas dengan Khairy," kata ketua penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (kiri) dalam satu kenyataan.

Katanya, pelawaan Anwar dibuat bagi membolehkan rakyat menilai dakwaan Najib bahawa Program 100 Hari yang dimuatkan dalam Buku Jingga adalah populis dan akan memufliskan negara.

"Dalam pelawaan Anwar, beliau turut mendedahkan bagaimana implikasi perbelanjaan kira-kira RM19 bilion untuk Program 100 Hari adalah kecil berbanding dengan subsidi korporat untuk penjana kuasa bebas (IPP), syarikat tol serta wang yang hilang melalui pembaziran, kebocoran dan rasuah yang berjumlah kira-kira RM51 bilion setiap tahun," tegasnya.

Menurut Dr Muhammad lagi, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan tawaran Anwar kepada Najib masih terbuka dan Pakatan bersedia menimbang syarat-syarat yang ditetapkan oleh Najib untuk perbahasan tersebut.

Mengenai perbahasan dengan Khairy, beliau berkata, Rafizi selaku pemimpin muda, adalah regu yang sesuai untuk berdepan dengan Khairy.

"Beliau juga merupakan jurutera dan akauntan bertauliah dan pernah menjadi pengurus kanan di Petronas dan pengurus besar di Pharmaniaga," katanya.

Katanya, PKR berharap Khairy bersetuju dan menjadikan perbahasan antara tokoh muda tersebut sebagai pembuka tirai kepada perbahasan antara Najib dan Anwar.

"Diharapkan lebih banyak wacana politik berbentuk ilmiah dan intelektual dapat diadakan bagi memberikan peluang rakyat membuat penilaian sewajarnya.

"Sudah tentu amalan sebegini lebih baik berbanding amalan membakar buku yang menjadi-jadi akhir-akhir ini," katanya.MalaysiaKini

Komen : Kami anak muda berharap debat ini akan menjadi kenyataan.. Biar rakyat tahu siapa yang layak menjadi pemenang dalam PRU13.

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng