Polis sedia hadapai kemungkinan PRU-13, Sarawak serentak
December 31, 2010
KUCHING, 31 Dis — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berada dalam siap sedia termasuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail hari ini.
Beliau berkata polis akan memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sekiranya perkara seumpama itu berlaku.
Katanya polis Sarawak telah merangka perancangan rapi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan proses pilihan raya negeri akan datang berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Polis membuat perancangan berdasarkan keperluan semasa seperti menambah keanggotaan, katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini.
Ini merupakan lawatan kerja pertama Hussin ke Sarawak setelah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Beliau pernah berkhidmat di Sarawak pada tahun 1994 hingga 1996.
“Kita akan menghadapi sesuatu keadaan berdasarkan keperluan,” katanya.
Penggal sekarang bagi para anggota Parlimen akan berakhir awal 2013 manakala pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai 2011.
Sempena tahun baru, Hussin berkata PDRM akan mengemblengkan tenaga dan idea untuk menurunkan indeks jenayah di Sarawak dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan dan kepuasan masyarakat umum terhadap perkhidmatan pasukan polis.
Antara tumpuan yang akan diberikan di Sarawak pada tahun depan ialah pencegahan jenayah yang berkonsepkan kepolisan kemasyarakatan, katanya.
“Kita akan mengkaji semula dan berbincang dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk menambah baik usaha mencegah jenayah pada tahun depan.
“Kami akan bekerja sebagai satu pasukan dan meneruskan perancangan, usaha dan strategi untuk mencapai matlamat iaitu menurunkan indeks jenayah dan meningkatkan keyakinan masyarakat,” katanya. — Bernama
Komen : Signal PRU13 sudah ada, Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia dan berkerja bersungguh-sungguh perlu turun bertemu dengan rakyat sebanyak mungkin, Bagi menerangkan tentang kebaikan mengundi Pakatan Rakyat. Kerja yang berterusan pasti kejayaan pasti!!! milik kita.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...