SHAH  ALAM 19 JAN : Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat  (PKR) Faris Musa menganggap cubaan melengah-lengah atau lari daripada  perdebatan isu 100 Hari Pakatan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak sebagai dolak-dalik Umno-Barisan Nasional yang takut rahsia  penyelewengan dan kelemahan mereka diketahui rakyat.
Menurut Faris, PKR dan Pakatan Rakyat  telahpun men'jemput' Najib untuk berdebat dari pelbagai platform  termasuk menghantar surat kepada Perdana Menteri namun sehingga kini  pelawaan itu masih tidak diterima.
"Ini dolak-dalik yang cuma dimainkan  Datuk Najib dan pimpinan BN yang melihat tidak relevan untuk mengadakan  sesi debat kerana ia akan membongkarkan segala apa yang selama ini  dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO BN yang secara jelas tak beri keuntungan  kepada rakyat," katanya.
Faris mengulas isu anggota Majlis  Tertinggi (MT) Umno  Datuk Saifudin Abdullah hari ini yang meminta agar  budaya cabar berdebat pada kalangan pemimpin politik dihentikan kerana  tindakan itu tidak membawa sebarang manfaat.
Menurut Saifuddin yang merupakan  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata Malaysia juga masih belum  mencapai tahap budaya debat politik yang sihat bagi menganjurkan  perdebatan antara pemimpin politik.
Faris menjelaskan amalan debat merupakan  budaya biasa dan ruang terbaik bagi rakyat menilai isi-isi mengenai  polisi yang dibentang pemimpin dari kedua pihak.
Amalan debat ini perkara yang biasa  terutama di negara-negara maju, di mana ini ruang dan peluang rakyat tau  dengan lebih jelas tentang polisi di peringkat kerajaan atau  pembangkang.
Faris hairan dengan dakwaan Najib yang  sehingga kita mendakwa tidak takut, malah mengugut untuk mendedahkan  cerita mengenai Anwar tetapi masih mengelak untuk turun berdebat dengan  beliau.
Malah Faris melihat Ketua Pemuda UMNO  Khairy Jamaluddin sebagai oppurtunis dan tidak menghormati kedudukan  Perdana Menteri dengan dakwaan Najib tidak layak berdebat dengan Anwar  itu.
"Sebab itu kita minta dia terima  pelawaan debat. Apa maksud 'demam' tu. Kita takut yang 'demam' Najib  bukan Anwar,Tindakan secara bacul dan dayus itu yang memberikan pelbagai  alasan membuktikan dia tak sanggup dan berani berdebat dengan Anwar.  Juga tindakan Khairy mencabar debat itu menghina PM yang tidak bersedia  dan takut untuk berdebat dengan Anwar. Lawan Datuk Seri ANwar Ibrahim  ialah Najib, bukan Khairi Jamaluddin," katanya.TVSNEWS
Komen : Najib pengecut!!! cakap besar...Buat jauh sekali.... Rakyat sudah sedar hancur  BN pada PRU13 ni......Orang yang akal tak betul je sokongnya...ah ha ha ..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...