Ditulis oleh Radzi Razak
KEMAMAN  15 JAN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu gusar menerima pelawaan  berdebat dengan beliau jika beliau yakin dengan dasar-dasar ekonomi yang  diperkenalkan oleh Kerajaan UMNO-BN lebih baik daripada Buku Jingga  Pakatan.
Perbahasan terbuka tanpa sebarang  saringan akan membolehkan rakyat menilai kewibawaan program 100 hari  Pakatan Rakyat yang ditawarkan jika gagasan itu menawan Putrajaya,  tambah Najib.
Buku Jingga adalah dokumen Pakatan  Rakyat yang menetapkan pelan tindakan ekonomi dan sosial gagasan  pembangkang itu termasuk rancangannya dalam 100 hari pertama selepas  menawan Putrajaya.   
"Datuk Seri Najib kata biar rakyat nilai  kedua-dua, tetapi ruang untuk rakyat baca buku Jingga itu sangat  terbatas. Dalam amalan demokrasi dan kerana Datuk Seri Najib tunjuk  keyakinan dengan dasar dia, sebaiknya diadakan perbincangan terbuka  kalau dia tak nak sebut debat pun di khalayak umum atau di depan media,"  komen Anwar pada sidang media pelancaran Hari Kebangkitan Rakyat PAS  ganti UMNO di Kampung Geliga di sini.
Kelmarin, Najib menolak pelawaan  berbahas dengan Anwar kerana kononnya tidak nampak hasil perdebatan itu  dan sebalikknya mahukan rakyat membuat penilaian sendiri.
Program 100 hari Pakatan Rakyat  memerlukan peruntukan kira-kira RM19 bilion untuk memastikan lebuhraya  negara bebas dari bayaran tol dan imbuhan untuk guru ditingkatkan  manakala subsidi untuk rakyat membeli keperluan asas dinaikkan.
Program itu juga menetapkan bahawa  bayaran royalti untuk negeri-negeri akan ditingkatkan kepada 20 peratus  manakala khidmat wi-fi percuma akan diperluaskan.
Peruntukan RM19 bilion itu diperolehi  dengan membanteras pemberian kontrak kepada syarikat kroni, manakala  subsidi untuk syarikat konsesi korporat dikurangkan serta ketirisan  negara yang berjumlah RM28 bilion dibendung.
Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat dengan beliau kerana Presiden Umno itu kerap memperlekehkan dasar PR, khususnya program 100 hari itu.
Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat dengan beliau kerana Presiden Umno itu kerap memperlekehkan dasar PR, khususnya program 100 hari itu.
"Saya tak lihat pun keperluan beliau  untuk bimbang berbahas. Beliau ada ratusan pakar ekonomi untuk membantu.  Untuk rakyat (perkara ekonomi) ini sangat penting," kata Anwar lagi.
Anwar yang juga Ketua Umum Parti  Keadilan Rakyat berkata jika Najib masih enggan berbahas dengan beliau  mengenai ekonomi negara, beliau berharap Ahli Parlimen Rembau Khairy  Jamaluddin sanggup berdebat dengan  Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli  atas isu sama.
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Hadi  Awang menganggap perbahasan yang ditolak oleh Najib itu adalah amalan  yang menyuburkan demokrasi dalam usaha menyampaikan maksud dan mesej  jelas kepada rakyat.
"Debat ni amalan biasa di United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara lain yang mengamalkan demokrasi," kata beliau.TVSNEWS
Komen : Syabas!!!! DSAI, Umno tidak akan berani untuk berdebat khasnya PM. Nama je PM malaysia tapi tak ada telor....Takut bini....kaha ha ha....  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...