Isnin, Januari 03, 2011

Syabas!!! Sultan Selangor Buat Keputusan Yang Betul Dan Bijak


Sultan belum perkenan, Selangor tidak rai SUK
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 3 Jan: Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Perkara ini ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco, di Pusat Media di Tingkat 20, Bangunan SUK dekat sini.
Dalam sidang media itu, Khalid berkata,  Sultan Selangor belum perkenan cadangan Suruhanjaya Perkhdimatan Awam (SPA) mengenai pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) yang baharu.

Menurutnya, beliau telah menghadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan SUK dan Sultan telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak mana-mana calon cadangan SPA.

"Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

"DYMM Sultan mencadangkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik," tegas Abdul Khalid sambil menyanjung kasih atas nasihat baginda.

Dengan itu, jelasnya, kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan mengisi jawatan tersebut.

Tegasnya, sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tiak mahu terlibat di dalam bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan SUK.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin tidak akan hadir pada sebarang mesyuarat Exco dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor sebagai ex-officio.

"Dalam masa sama, kerajaan negeri akan mencadangkan Datuk Speaker mengadakan sidang DUN tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Slangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang kepada Sultan dan Menteri Besar," tambahnya.

MB tidak mahu jumpa

Sementara itu, dalam sidang medianya pula (gambar), Khusrin berkata, beliau cuba untuk berjumpa dengan Menteri Besar namun tidak dapat.

Setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Datuk Mohd Khusrin Munawi gagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung upacara angkat sumpah jawatannya.

Upacara itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.

"Saya telah menulis (kepada Khalid) hari ini, dan juga cuba bercakap dengan setiausaha sulitnya tetapi belum mendapat respon,” katanya kepada wartawan pada sidang media di pejabat barunya di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Sham Alam.

Meskipun dijangka tidak akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat ini, Khusrin berkata beliau masih boleh menjalankan tugas-tugas termasuk membabitkan pentadbiran kerajaan negeri, sumber manusia dan perkara-perkara merancang.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor, beliau menegaskan tidak mempunyai masalah dan ia juga tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.

''Saya maklum yang Menteri Besar akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan selagi saya tidak diarah balik ke Kerajaan Persekutuan, saya akan jalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Saya juga telah memohon untuk mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar melalui surat pagi ini, tetapi masih belum ada jawapan,'' katanya..


Berikut kenyataan penuh MB Selangor

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.
DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.
Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.
Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM,
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Komen : Syabas!!! sultan selangor telah membuat keputusan yang betul dan bijak. Kepada MB jangan bagi peluang kepada juak-juak umno ni...Umno tidak boleh di percayai!!!! Rakyat ayuh terus beri sokongan kepada Pakatan Rakyat...

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng