Selasa, Januari 25, 2011

Sudah Jelas Lagi Bersuluh, Umnolah Penderhaka!!!! Kepada Raja,"

Umno Penderhaka Sebenar Sultan Dan Rakyat


SHAH ALAM 24 JAN: Umno adalah penderhaka sebenar Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor kerana merampas kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, bukannya Pakatan Rakyat yang sedang bertungkus-lumus mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan dan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata demikian dalam ucapan beliau semasa membahaskan rang undang-undang pindaan di sidang DUN Selangor petang tadi.

Kata beliau, Pakatan Rakyat tidak pernah merasakan kehadiran Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausah Kerajaan Negeri sebagai satu masalah tetapi masalah sebenar ialah Umno-BN memilih untuk melangkaui kerajaan negeri Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Yang kami timbulkan dalam perbahasan ini dengan mendapat perkenan Tuanku ialah cita-cita murni Datuk Menteri Besar untuk memperbetulkan sistem yang dirosakkan oleh Umno itu sendiri, itu sahaja!" tegas beliau.
Beliau menjelaskan, pelbagai helah dan tohmahan telah dilempar oleh Umno-BN bagi mengagalkan usaha pembangunan PR di Selangor.

"Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang. Persoalannya, apakah Umno faham dan menghormati undang-undang?" tanya beliau.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri Selangor merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan mendapat mandat dan amanah dari rakyat melalui proses demokrasi dan ini terbukti pada 8 Mac 2008 di mana majoriti rakyat Negeri Selangor menolak parti UMNO dan BN yang bergelumang dengan rasuah, salah guna kuasa dan keangkuhan pemimpin.

"Derhakakah Umno jika Umno menolak dan lari daripada pindaan rang undang-undang ini? Sudah jelas lagi disuluh, Umnolah penderhaka Institusi Diraja," tegas beliau lagi.

Azmin seterusnya menjelaskan, rata-rata warga Selangor semakin celik dan golongan rakyat yang terlalu lama diperbodohkan adalah orang Umno sendiri sehingga tidak tahu mereka diperbodohkan kerana mereka makin tidak tahu apa itu kebodohan.

"Siapakah yang memansuhkan kuasa Tuanku Sultan untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat Menteri Besar ? Pastinya, UMNO telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Sekaligus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi," kata beliau.TVSNEWS

Komen : Sudah jelas.....Rakyat selangor dan malaysia akan  hapuskan umno di bumi malaysia pada RPU13 ni.....Tunggul!!!!!!

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng