RON97 naik 10 sen lagi
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan. 
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak  tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November,  RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari  tahun ini.
Harga bagi petrol  RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak  ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia  semasa.MalaysiaKini
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...