Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Januari 17, 2011

Larangan PKR, DAP Berkempen Adalah Tidak Benar

Larang PKR, DAP kempen tidak benar

SENAI – Laporan dalam satu portal berita internet yang mengatakan bahawa Pas Johor tidak membenarkan PKR berkempen di kawasan Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah tidak benar.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, Pas ada membuat pengkhususan bagi memudahkan gerak kerja dalam PRK DUN Tenang itu dan menafikan kenyataan dalam laporan tersebut.


“Bukan kita tidak benarkan, tetapi pihak kita membuat pengkhususan untuk memudah dan melicinkan lagi gerak kerja .


“Pas berasakan mereka mempunyai kelebihan terhadap orang Melayu, manakala bagi DAP dan PKR pula mempunyai kelebihan untuk masyarakat Cina dan India. Jadi mereka boleh fokuskan terhadap pengkhususan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


Dzulkefly berkata, jika DAP, PKR dan Pas mempunyai tenaga kerja yang lebih, maka tenaga itu boleh digunakan untuk membantu antara satu sama lain dalam melancarkan gerak kerja.


Sementara itu, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gelang Patah, Mohd Nazri Ismail berkata, isu itu tidak timbul dan pihaknya tidak dihalang untuk berkempen di kawasan Melayu.


“Pada saya, perkara itu tidak menjadi masalah dan kita bebas menjalankan tugas masing-masing tanpa sebarang halangan.


“Kami beri sokongan penuh dan akan memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) walaupun kita tahu kawasan itu kubu kuat Barisan Nasional (BN),” katanya.
SinarHarian

Komen : Ayuh!!! Pakatan Rakyat berkerja keras untuk kemenangan PAS (PR), Kerja yang berterusan dengan penerangan yang baik kepada rakyat dan pengundi sudah pasti kemenangan berpihak kepada PR...
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...