SHAH  ALAM 14 JAN : Adun Umno  sekali lagi memperalatkan Istana untuk  mencapai hasrat mereka memulau siang Dewan Negeri Selangor bagi  memulihkan kuasa-kuasa Sultan dan Menteri Besar untuk melantik  pegawai-pegawai eksekutif kerajaan negeri.
  
Pakar undang-undang Profesor Dr Aziz  Bari berkata alasan ADUN Umno kononnya Pakatan Rakyat tidak mendapatkan  pekenan Sultan untuk mengadakan sidang itu tidak masuk akal kerana  sememangnya tidak ada keperluan sebegitu.
Beliau berkata hakikat ialah Umno  sendiri yang menghakis kuasa Sultan dan kini mengangkat diri sebagai  pembela istana di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
"Jadi kita harus faham bahawa dalam  peruntukan undang-undang kuasa itu secara formalnya diletakkan di tangan  Yang Dipertuan Agung ataupun Sultan ataupun Yang DiPertua Negeri tapi  secara formal. Maka kuasa itu tidak boleh dillihat sebagai kuasa mutlak  untuk menyekat atau mengawal dewan, kalau begitu maka bukan Raja  Berperlembagaan seperti yang dikatakan," jelas beliau.
Aziz berkata  Umno Selangor sengaja  berdolak dalih dalam isu memulihkan kuasa Sultan dan menggunakan  pelbagai helah untuk mengelak daripada menghadiri sidang DUN pada 24  Januri.
"Sekarang ini apabila Umno sudah lemah, apabila Pakatan Rakyat sudah memerintah di beberapa negeri, dan hampir pada satu ketika membentuk kerajaan pusat, maka Umno bawa cerita ini," tegas beliau lagi.
"Sekarang ini apabila Umno sudah lemah, apabila Pakatan Rakyat sudah memerintah di beberapa negeri, dan hampir pada satu ketika membentuk kerajaan pusat, maka Umno bawa cerita ini," tegas beliau lagi.
Beliau seterusnnya berkata, pihak  kerajaan dan orang awam perlu memahami bahawa kuasa yang diperuntukkan  kepada sultan tidak boleh dijadikan alasan menghalang sidang DUN.
Kata beliau lagi, tidak masuk akal  sekiranya kuasa yang diperuntukkan kepada Sultan buat masa ini adalah   kuasa mutlak untuk mengadakan sidang DUN.
"Bagaimana kalau ia menjadi soal undi  tak percaya? Takkanlah Sultan nak menyelamatkan kerajaan, sedangkan  kerajaan yang menghadapi undi tak percaya untuk menyelamatkan dia, kalau  kebetulannya Sultan suka kerajaan itu? Jadi itu yang harus kita faham  dan dapat melihat dengan betul, bahawa konteks dan kedudukan sebenar  Sultan hanya sebagai pemegang kuasa formal sahaja," tegas beliau.TVSNEWS
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...