Jumaat, Januari 21, 2011

Badrul Penipu!!! Kata Speaker Selangor

Umno Jangan Politikan Sidang, Badrul Penipu, Kata Speaker Selangor

SHAH ALAM 21 JAN :Speaker Teng Chang Khim meminta Umno tidak mempolitikkan kegagalan isu pengedaran draf usul pindaan  Perlembagaan negeri sambil menegaskan, ia berpunca daripada kekangan masa.

Kata Teng, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 10(3), dokumen-dokumen berkenaan boleh diedarkan kepada wakil rakyat pada hari persidangan, sebelum sidang bermula.

“Malah, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun membuat pengumuman mengenai pindaan dan kesemua akhbar sudah pun menyiarkan laporan mengenainya,” kata beliau pada sidang media hari ini.
Justeru, kata beliau, maklumat mengenainya sudah pun diedarkan dan tiada agenda tersembunyi.
DUN Selangor mengadakan sidang khas Isnin ini bagi membahaskan pindaan Perlembagaan Negeri.
Teng juga mendakwa ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menipu berhubung kehadirannya pada sidang DUN November lalu.

"Saya ingin gunakan peluang ini bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Hisham yang mendakwa beliau hadir pada majlis perasmian sidang dewan undangan negeri pada 8 November.
"Hanya ada satu majlis pembukaan rasmi. Bagi sesi ketiga sidang dewan undangan negeri ke-12 diadakan pada 12 April dan dirasmikan oleh Sultan Selangor.

“Sidang pada November adalah pembentangan belanjawan tahunan di mana tidak ada pembukaan rasmi diadakan,” kata Teng.

Rabu lalu, Teng mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang kosong selepas Badrul Hisham gagal menghadiri sidang dewan tanpa cuti sejak 16 Julai tahun lalu.

Teng juga berkata beliau telah mengemukakan notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekopsongan kerusi itu hari ini. SPR mempunyai 60 hari bagi mengadakan pilihan raya kecil.
Katanya, memandangkan kerusi itu telah diisytiharkan kosong, Badrul Hisham tidak akan dibenarkan menghadiri sidang dewan undangan negeri pada Isnin ini.

"Hanya ADUN sahaja dibenarkan masuk ke dewan,” katanya.TVSNEWS

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng