Walaupun kerajaan negeri dihentam  bertubi-tubi dengan fitnah membuta tuli oleh media arus perdana, namun  rakyat di Selangor masih celik minda dan tidak mudah diperkotak-katikkan  dengan isu-isu rekaan.
Wakil gerakan itu, Haris Mohamed Ibrahim  yang juga Presiden Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia dalam temubual  khas bersama Tv Selangor berkata, walaupun kerajaan negeri Pakatan  Rakyat ada kelemahannya namun rakyat di Selangor dapat merasakan  perubahan dalam pentadbiran yang baru. 
Namun malangnya saat seluruh rakyat  Selangor mengecapi nikmat pentadbiran yang lebih efisyen berbanding  dahulu, ada pihak yang mula 'menabur duri dalam daging' dan 'menjadi api  dalam sekam'.
Seraya katanya, "pencerobohan"  pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Khusrin Munawi  menjadi kemuncak kepada kemarahan rakyat Selangor yang sudah jelak  dengan permainan politik untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Tan  Sri Khalid Ibrahim.
"Di sini kami sudah sampai kepada  kemuncak, kalau kami tidak bersuara sekarang, kami risau keadaan akan  merosot lagi. Sudah sampai masanya untuk rakyat bersuara. Bersuara untuk  menyampaikan kepada pihak-pihak berkenaan ketidakpuasan rakyat, jelas  Haris.
HSRS yang dianggotai oleh 11 badan bukan  kerajaan akan mengadakan satu himpunan di Stadium Kelana jaya untuk  menjelaskan kepada rakyat berhubung Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)  yang akan diadakan pada keesokan harinya(24 Januari).
Persidangan tegempar itu bagi  membolehkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri  Selangor 1959 dibuat untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai  eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan  Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.
Himpunan tersebut yang dijadualkan  berlangsung pada pukul 4 petang (23 Januari) akan menyenaraikan beberapa  juru cakap untuk menjelaskan kedudukan sebenar di negeri Selangor.
Menurut Haris, rakyat sudah sekian lama  menantikan perubahan dan mereka membuktikannya pada 8 Mac 2008 lalu  apabila lebih kurang lapan juta rakyat yang mengundi, separuh  daripadanya mengundi untuk perubahan.
Bukan hanya faktor kebajikan rakyat yang  tidak terbela, penyelewengan yang semakin berleluasa, kronisme tidak  berpenghujung, malah ia hingga melibatkan kematian setiausaha politik  Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang sehingga kini masih  menjadi tanda tanya.TVSNEWS
Komen : Ayuh!! rakyat selangor bagi sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat selangor..Dan 
Pakat turun dan wa-wa kan kepada rakan-rakan... Bagi signal yang jelas kepada umnoBN!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...