Jumaat, Januari 07, 2011

Orang Melayu Sekarang Sudah Bangkit!!!!

Isu SUK: Pakatan perlu pilih ‘gelanggang’ hadapi PRU-13

January 06, 2011
SHAH ALAM, 6 Jan — Ahli Parlimen Shah Alam berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tiada pilihan melainkan menerima Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi mahu menggunakan isu itu bagi mencapai matlamat besar pilihan raya umum ke-13.

Menurut Khalid Samad, mesej perlu disampaikan bahawa pelantikan Khusri telah pun dibuat dengan membelakangi peranan Menteri Besar.
Malah kata beliau pelantikan Khusrin dibuat dengan matlamat mahu melaga-lagakan kerajaan negeri dan Istana Selangor.
Malah kata beliau, kerajaan negeri juga perlu membawa mesej kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat perlu membawa isu semasa dengan meminta kerajaan pusat ditukar bagi mengembalikan hak-hak mereka.
“Ini dua mesej yang perlu disampaikan kepada rakyat dalam isu inu,” kata beliau pada sidang media hari ini.
Malah Khalid (gambar) juga menggesa agar kerajaan negeri bergerak ke depan dan menerima pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga berjaya meminda perlembagaan negeri.

Beliau juga percaya usaha meminda perlembagaan kemungkinan tidak berjaya sebab memerlukan undi dua pertiga.

Khalid juga berkata pentadbiran kerajaan negeri setakat ini telah berjaya menguruskan isu semasa dengan berjaya.

“Mesejnya telah disampaikan, Khusrin bukan orang terbaik bagi jawatan itu, dan kita telah pun menyatakan bantahan,” kata beliau.

“Apabila pentadbiran mula berhadapan dengan masalah, gagal untuk berkhidmat kita tahu puncanya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri pilihan BN untuk menghalang kerajaan Selangor,” kata beliau.
Sehubungan itu beliau meminta kerajaan negeri memilih gelanggang sendiri untuk pertarungan selepas ini.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga percaya Menteri Besar Selangor dan Exco Kerajaan Negerinya telah “disabotaj” dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan tidak diberikan maklumat tepat.

Khalid berkata berdasarkan maklumat diperoleh beliau, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud sedia mengetahui yang nama Datuk Mohd Khusrin Munawi sudah pun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan ia telah menerima perkenan oleh baginda.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada Khalid sehingga Menteri Besar itu terkejut dengan makluman pelantikan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember.

“Pada mesyuarat Exco 16 Disember 2010, Menteri Besar memaklumkan mesyuarat Exco bahawa tiga nama sudah pun dipilih oleh jawatankuasa pemilihan, malah telah mendapatkan pandangan pandangan Exco mengenai pilihan itu.

“Pada mesyuarat yang sama, Menteri Besar memberitahu bahawa ketiga-tiga nama itu akan dikemukakan kepada Sultan Selangor untuk perkenan pada 17 Disember (keesokan hari).

“Tetapi, mengikut maklumat yang saya terima, Setiausaha Sulit Sultan Selangor menulis kepada Datuk Ramli pada 10 Disember menjawab surat Datuk Ramli bertarikh 3 Disember bahawa calon nombor satu iaitu Datuk Khusrin, yang dipersembahkan, telah diberi perkenan oleh Sultan Selangor,” kata Khalid.

Ahli Parlimen Shah Alam berkata pada mesyuarat Exco 16 Disember, Menteri Besar memaklumkan bahawa beliau akan bercuti mulai 20 hingga 30 Disember dan sebarang pelantikan hanya perlu diumumkan selepas beliau kembali daripada bercuti.

Maklumat itu difahamkan didedahkan ketika taklimat kepada wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor Selasa lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor juga mendedahkan siri langkah yang membawa kepada pelantikan Khusrin termasuk surat bertarikh 3 Disember.

Menurut Khalid, Ramli yang bersara akhir bulan lalu dan digantikan oleh Khusrin telah mengemukakan tiga nama kepada perhatian istana menerusi surat bertarikh 3 Disember.

Pada tarikh yang sama jawatankuasa pemilihan telah memilih tiga nama daripada lapan calon yang disenaraikan.

Mengambil kira perkembangan tersebut kata Khalid, beliau percaya kepimpinan Umno-BN telah menggunakan pendekatan politik yang cukup licik untuk membuat pelantikan tersebut menggunakan kelebihan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Selangor.

“Saya percaya pentadbiran kerajaan negeri Selangor telah dipermainkan oleh permainan politik yang licik dan kotor,” kata beliau lagi.TheMalaysiaInsider

Komen :  Kita yakin dengan isu ini orang melayu akan mengundi PR pada PRU13 ini.. Orang melayu sekarang sudah bangkit!!!! Orang kg,felda sekarang sudah sedar apa yang umno bn lakukan...kemenangan di pihak yang benar.....

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng