Isnin, Disember 07, 2015

PANAS!!! : PARTI MELAYU UMNO KIAN KUCA-KACI..PRU14 BAKAL TERSUNGKUR..

Kami sepakat 'ambil alih' peranan timbalan

KUALA LUMPUR - Pimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bersepakat mengambil alih peranan Timbalan Presiden Umno untuk merasmikan mesyuarat perwakilan sayap parti sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi parti itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keputusan itu telah disepakati bersama Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Menurutnya, ini adalah langkah terbaik melihat kepada senario politik semasa yang melanda parti itu.
"Jadi biarlah ketua-ketua sayap yang merasmikannya, jadi untuk Wanita Umno saya akan rasmikan perhimpunan agung untuk Wanita Umno," katanya pada sidang media di Pusat Dadangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

  
KLIK LINK BAWAH

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin tidak rasmi mesyuarat sayap Umno]


Majlis Tertinggi (MT) Umno  baru-baru ini memutuskan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - akan dirasmikan ketua‎ pergerakan masing-masing, bukan lagi oleh Timbalan Presiden Umno seperti‎ kelaziman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata, keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.

Perhimpunan Agung Umno 2015 dijadual berlangsung dari 8 hingga 12 Disember dengan dimulakan dengan perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, dan diikuti dengan perasmian Perhimpunan Agung Umno pada 10 Disember.

sh

 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng