Rabu, Ogos 06, 2014

PANAS!!! MB SELANGOR JAWAB TUDUHAN SETIAUSAHA AGUNG PKR

 
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia disiasat dan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan salah laku dan penyelewengan kuasa yang dilemparkan terhadapnya sebagai salah satu usaha penyingkiran beliau daripada jawatan menteri besar Selangor.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya tuduhan itu tidak berasas dan hanya sekadar fitnah semata-mata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak.

"Saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya.

"Kegagalan Datuk Saifuddin dan rakan-rakan dalam PKR untuk berbuat demikian (laporan SPRM) hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan-tuduhan ini bermotifkan politik dan berniat jahat," katanya dalam satu kenyataan media, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa beliau terbabit dalam pemberian projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsapuri mampu milik di bawah geran 'Selangorku' kepada syarikat pemaju Eco World Berhad, yang dianggarkan bernilai RM591 juta.

Selain itu, Saifuddin juga mendakwa syarikat sama juga telah membeli tanah seluas 308.72 juta ekar daripada Tropicana Corporation Berhad pada 19 Mac lalu yang sebelum ini milik kerajaan negeri Selangor.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menafikan tuduhan Saifuddin itu sambil menyifatkannya sebagai tudahan tidak berasas.

Tegasnya sekiranya tuduhan itu benar, Saifuddin digesa mengemukakan laporan salah laku itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara dengan mengemukakan bukti yang kukuh.

"Sekiranya Datuk Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam PKR sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada SPRM dan Bank Negara Malaysia," katanya.

Abdul Khalid bagaimanapun akan meneruskan tugasnya sebagai menteri besar dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan telus, bertanggungjawab dan mengamalkan pentadbiran yang baik.

sh

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng