Selasa, Ogos 26, 2014

MB Selangor : Bongkar!! Penjanjian penstrukturan air dan Langat 2....Panas!!!

air-syabas_MB1SHAH ALAM, 25 OGOS : Tawaran Kerajaan Selangor terhadap syarikat konsesi bukan untuk memberi pampasan keuntungan kepada pemegang saham, sebaliknya ia berdasarkan pulangan tahunan modal ekuiti yang dilabur pada nilai 12 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tawaran berkenaan juga turut menolak apa-apa dividen yang telah dibayar sebelumnya dan disifatkan sebagai munasabah kerana kadar piawaian adalah lebih kurang lapan peratus.

Katanya dengan mengguna pakai formula pampasan itu, kerajaan Selangor berjaya menjimatkan duit negeri sebanyak RM3 bilion dengan nilai pengambil alihan adalah RM9.65 bilion.

“Jika mengikut logik sesetengah parti yang menyatakan bahawa saya telah memberi pampasan keuntungan, maka jumlah pengambil alihan akan mencecah sehingga RM13 bilion.

“Tiada apa-apa kos perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri dalam mengambil alih syarikat konsesi air kerana kos pengambil alih sudah dibiayai sepenuhnya melalui RM2 bilion oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan RM7.65 bilion melalui pengambil alihan liabiliti syarikat konsesi air kepada PAAB.


“Nilai RM7.65 bilion akan diselesaikan melalui pemindahan aset-aset syarikat konsesi air kepada PAAB,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata dakwaan pihak tertentu bahawa Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani tidak menjamin Kerajaan Selangor dapat mengawal pengstrukturan semula industri air juga adalah tidak tepat.

Beliau berkata di bawah Mou itu, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) akan mengambil alih semua kepentingan syarikat konsesi air dan kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) akan mengisukan lesen air yang sewajarnya kepada KDEB.

“Suatu jawatankuasa yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHa), Menteri Besar Selangor dan wakil kerajaan pusat, kerajaan Selangor, PAAB dan KDEB akan ditubuhkan untuk menyelia serta memantau pelaksanaan Langat 2.

“Apabila Langat 2 telah diselesaikan, KDEB akan mengendali Langat 2,” katanya lagi.

sk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng