Khamis, Ogos 07, 2014

ALHAMDULILLAH!! MAJLIS SYURA ULAMAK PAS MAHU TS KHALID IBRAHIM KEKAL MB SELANGOR..

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan,

keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.



Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus  memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

hd

6 ulasan:

  1. Sejak bila Majlis Syura Ulamak membuat keputusan untuk seorang ahli PKR.......macam mana nak jalan hukum hudud kalau isu macam ni pun dah melencong.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS bagi maklumbalas sebagai salah sebuah parti komponen dlm PR, bukan krn TS KI ni ahli PKR. Sebagai salah satu parti kenalah respon bila ada kemelut, takkan nak duduk diam aje.

      Padam
  2. Bila PKR mintak tangguh hudud xder plak melalak....tapi bila PAS mintak tangguh tukar MB...melalak giler...PKR lebih mulia dari Quran rupanya....cisss

    BalasPadam
  3. ALHAMDULILLAH!! MAJLIS SYURA ULAMAK PAS MAHU TS KHALID IBRAHIM KEKAL MB SELANGOR.. ...... @ aiyoh2 keputusan PKR utk menentukan keahlian sendiri tidak kena menggena dgn mana2 parti tapi majlis syura ulamak yg buat keputusan . penyibuk & goblok !

    BalasPadam
  4. kalu gitu ropenye, lantik je din ayam atau tantawi vellfire jadi MB kita nengok PRU 14 siapa yg kene...

    BalasPadam
  5. Majlis bodoh nak mampus.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng