Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, Februari 28, 2013

Isu royalti: Anwar Ibrahim setuju pinda manifesto

Isu royalti: Anwar setuju pinda manifesto
Anwar bersalaman dengan orang ramai pada program Satu Jam Bersama Anwar Ibrahim kelmarin.
Isu royalti: Anwar setuju pinda manifesto
Nazri (kanan) melihat Anwar menandatangani manifesto tanda bersetuju meminda perkara berkaitan bayaran royalti minyak, kelmarin
 
PASIR PUTEH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembirakan aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), apabila bersetuju meminda Manifesto PKR berhubung perkara pembayaran royalti minyak.

Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, beliau berbangga kerana Anwar menerima teguran rakyat berkaitan pembetulan isu Royalti yang terkandung dalam buku manifesto tersebut.

Katanya, manifesto itu hanya menyebut Sabah dan Sarawak yang bakal menerima peningkatan royalti petroleum dan sumber hidrokarbon daripada lima kepada 20 peratus sekiranya PR berjaya mentadbir negara.

“Dalam sesi ringkas ini, kami meminta beliau meminda dengan memasukkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan negeri pengeluar minyak untuk menerima manfaat tersebut.

“Kami berbesar hati kerana Anwar menerima teguran serta bersetuju untuk memindanya, kami menganggap persetujuan ini sebagai satu sejarah,” katanya pada program Satu Jam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Markas Penerangan Pas Pasir Puteh di sini, petang kelmarin.

Anwar dalam ucapan ringkasnya antara lain berkata, rakyat perlu istiqamah dalam perjuangan sekarang, bagi memastikan PR berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Katanya, rakyat mesti berwaspada dengan taktik BN yang mengagihkan pelbagai bentuk bantuan menjelang PRU.

“Mereka (BN) beri macam-macam kepada rakyat apabila hampir PRU, selepas PRU mereka membuat macam-macam perkara yang membebankan rakyat. Terima kasihlah dengan penyampaian BR1M tapi jangan sampai menggadai maruah.

“Kita dapat RM500 dah megah tapi orang tertentu dalam Umno senang-senang mendapat kekayaan, ada anak orang Umno dapat RM30,000 sebelum kerana projek lembu dan ada pula ketua Wanita dapat RM160 juta wang tabung tentera.

“Saya tahu rekod negara sebab itu pemimpin BN takut. Saya melalui pelbagai tekanan tapi saya yakin kepada ALLAH SWT,” katanya sambil memberitahu bahawa rakyat tidak perlu risau kerana PR akan menjaga mereka sebaik mungkin sekiranya berjaya memerintah negara./SinarHarianOnline

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

Sah!! Saifuddin Nasution tanding di Kulim-Bandar Baharu


Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
MACHANG - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.

Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah.

“Bagi tujuan itu, PKR  akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu( Machang) malah  perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Kulim-Bandar Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas./SinarHarianOnline

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Rabu, Februari 27, 2013

Anwar Ibrahim bertemu 1 jam dengan TG Nik Aziz



KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan kira-kira satu jam dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik  Aziz di JKR 10 hari ini.


(Perbincangan tertutup antara Anwar dengan TG Nik Aziz di JKR 10)

Pertemuan tertutup itu diadakan sempena dengan program Jelajah Anwar ke negeri ini hari ini.

Turut serta mengiringi Anwar adalah Penolong Setiausaha PKR, Rosli Abdullah dan anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz.

Di pihak kerajaan negeri Kelantan pula, Tuan Guru Nik Aziz disertai oleh Exco Datuk Husam Musa dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan,  Haji Zulkifli Mamat dan beberapa lagi.

Namun selepas itu, Anwar mengadakan perbincangan tertutup dengan Tuan Guru Nik Aziz./HarakahDaily

VIDEO PANAS!!!!! DSAI

Anwar Ibrahim tambah semangat rakyat buat perubahan


Azlan Che Mat
Azlan Che Mat
 
KUALA TERENGGANU - Jika kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di negeri ini Sabtu lalu menyemarakkan semangat juang di kalangan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN), keadaan sama turut berlaku di kalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri ini pada hari sama.

Pemangku Ketua Penerangan PKR Terengganu, Azlan Che Mat berkata, keadaan itu boleh dilihat melalui sambutan yang diberikan kepada Anwar ketika beliau berceramah di Kampung Tiong dan Gong Badak.

Jelasnya, kehadiran menjelang pilihan raya ini makin meningkatkan semangat rakyat untuk memastikan perubahan bakal berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Mereka juga melihat PR semakin utuh dengan kehadiran Datuk Seri Anwar apabila kepimpinan PKR dan juga Pas di peringkat negeri bersama-sama turun padang dalam program tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, keadaan itu secara tidak langsung menafikan desas-desus bahawa wujud krisis antara PKR dan Pas di negeri ini.

Jelasnya, sambutan di kalangan bukan Melayu juga menunjukkan perubahan yang ketara, khususnya di kawasan Dun Bandar.

“Kita melihat kerjasama PKR dan Pas juga semakin utuh dan kenyataan mana-mana pihak yang kata PR bergaduh sesama sendiri itu hanyalah propaganda politik pihak lawan untuk mengikis keyakinan rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan, sebelum ini, sokongan dilihat tidak ketara tetapi kehadiran Anwar menjelaskan lagi kepada rakyat Terengganu dan juga kepimpinan kerajaan negeri sedia ada bahawa rakyat benar-benar bersedia membuat perubahan.

“Kalau mahu dibandingkan dengan program Najib, mereka menyediakan bas untuk ke program tersebut serta diberi makan percuma, tetapi kita tidak memberikan rakyat apa-apa, namun mereka menunjukkan sokongan padu.

“Dalam program itu, Anwar sanggup berhujan untuk bersama-sama rakyat dan tidak mahu menggunakan payung yang disediakan untuk beliau. Jadi adakah Datuk Seri Najib juga sanggup berbuat demikian?” katanya./SinarHarianOnline

Hanya RM 55 anda mampu menjadi kaya

Selasa, Februari 26, 2013

Pakatan Rakyat ajak pemimpin BN sertai Persidangan Antarabangsa PRU 13

PETALING JAYA 26 FEB: Pakatan Rakyat akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 di bangunan Parlimen pada 4 dan 5 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya hari ini.
Anwar menegaskan, keperluan persidangan antarabangsa itu diadakan bertujuan menggembleng sokongan untuk pilihan raya bebas, adil dan demokratik.
Ia juga ekoran kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sepenuhnya cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang hanya melaksanakan 8 daripada 14 cadangan.

Persidangan bakal disertai oleh semua pihak termasuk wakil kerajaan BN, SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di samping badan-badan antarabangsa.
“Setakat ini panelis antarabangsa yang bersetuju hadir membentangkan kertas kerja mereaka adalah Hakim Marlon Reis (Brazil), Prof Dr Gothom Arya (Thailand), Dr Mohamad Nasir Tamara (Indonesia), Damaso G. Magbual (Filipina), Mobashar Jawed Akbar (India) dan Prof Dr Clinton Fernandes (Australia).

“Pejabat saya (Ketua Pembangkang) masih menunggu penyertaan penjawat awam utama masih seperti Setiausaha SPR, Ketua Pengarah Penyiaran dan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada sidang media mengenai persidangan berkenaan di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Menurut Anwar, antara isu-isu yang akan dibincangkan di persidangan itu nanti ialah menilai demokrasi pilihan raya di Malaysia, menangani cabaran kritikal mengenai proses pilihan raya, amalan terbaik sebagai kerajaan sementara (caretaker), memerangi politik wang dan rasuah, menilai cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen Malaysia pada reformasi pilihan raya dan agenda reformasi demokratik.

Spaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dijangka akan merasmikan pembukaan persidangan ini, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan sebagai panelis.
Turut hadir dalam sidang media itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli./KeadilanDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

SPR 'bayangi' impian Pakatan ke Putrajaya - DSAI


Anwar: SPR 'bayangi' impian Pakatan ke Putrajaya
Pemimpin kanan Pakatan Rakyat pada majlis pelancaran manifesto bertemakan Pakatan Harapan Rakyat di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
 
Ikrar Pakatan Rakyat
Ikrar Pakatan Rakyat
 
SHAH ALAM - Di sebalik keyakinan Pakatan Rakyat (PR) akan menerajui kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah kekangan utama bagi pakatan itu mencapai impiannya.

"Kita tidak terlebih yakin. Kita mesti juga ada perikemanuasiaan untuk terima, kita berhadapan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang belum bebas dan bersih.

"Tetapi kita yakin insya-ALLAH, kita mampu tawan Putrajaya," kata beliau ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di sini, hari ini.

Pada konvensyen itu, PR melancarkan manifesto PRU13 yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat.

Malah tegas Anwar, perikatan itu perlu menang dengan jumlah kerusi yang meyakinkan kerana lawan mereka adalah kelompok yang tamak haloba.

"... dan kita harus memikirkan peralihan kuasa yang aman," ujar Anwar sambil berkata, beliau tabik kepada beberapa pimpinan tertinggi tentera yang menyatakan keteguhan dan kesiapsiagaan di bekalang kerajaan pemerintah.

Anwar sebelum itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja yang bertungkus-lumus menyediakan manifesto PR terutama generasi muda yang tampil dengan pelbagai idea segar.

Kata Anwar, walaupun Umno-BN sering mengatakan idea PR akan memufliskan negara, namun mereka juga sehingga kini gagal untuk berdebat dalam soal dasar dengan gagasan itu.

Malah katanya, perikatan itu berjaya melakukan satu eksperimen baru apabila berjaya mendokumentasikan sebuah manifesto sebelum pilihan raya umum diadakan.

Bahkan ujarnya, perikatan itu semakin dewasa dari sehari ke sehari berdasarkan pengalaman yang ditimba daripada masalah dan perbedaan pendapat sesama parti itu.

"Sepertimana disebut oleh Lim Guan Eng dan Hadi Awang, ada ditulis, ada permasalahan berbangkit, ada ketegangan dalaman tetapi setiap kali kita dapat mengatasinya, kita jadi yakin dan lebih kukuh sepertimana yang kita telah saksikan setelah kita dapat meraih suatu ikrar dan muafakat bersama," ujar Anwar.

Beliau juga menyatakan bahawa ujian kejayaan perikatan itu kini ialah bagaimana untuk menterjemahkan sokongan sesama mereka menerusi calon parti masing-masing yang akan bertanding dalam PRU13.

"Ujian kejayaan kita pada hari ialah muafakat yang cukup erat di kalangan semua kepimpinan di setiap peringkat mempastikan setiap calon yang diketengahkan itu menjadi calon kita bersama.

"Calon Pas, DAP dan PKR yang akan  menyerang Umno dan Barisan Nasional dan mengalahkan mereka," katanya sambil menegaskan, ujian terbesar parti itu ialah kepelbagaian dalam perikatan itu sendiri.

Anwar turut menyatakan kepimpinan yang ditonjolkan tokoh-tokoh seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai aset utama gagasan itu ke arah Malaysia yang baru./SinarHarianOnline

Extra income dari rumah

Isnin, Februari 25, 2013

KAH KAH KAH MENTERI UMNO DI MALUKAN OLEH RAKYAT... PANAS!!!!


Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan
Lain lubuk lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal 24 Februari 2013, langit Pengkalan Chepa redup, cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang kepanasan. Sebahagiannya bertindak bangun duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang keresahan kerana menunggu keretapi yang tak kunjung tiba. Kalau tidak kerana sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup menunuggu sehingga lebih lima jam hari bekerja.

Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan seorang menteri yang menjaga pitih negara - Awang Adek Hussin. Sebelum membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Pancur, si Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar yang seperti cuba dibuat-buat.

Bertanya Awang Adek kepada warga miskin penerima BR1M dengan megah “Siapa mahu Datuk Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat tangan”. Tak sampai dua puluh orang daripada ratusan hadirin angkat tangan tanda bersetuju.

Awang Adek bertanya lagi “Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Ramai mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf paling depan dan paling hampir dengan Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya.

“Pakcik, makcik, adik kakak, mungkin tersalah dengar soalan saya tadi” kata Awang Adek dengan senyum kambing sehingga mendorongnya mengulangi lagi sekali soalan sama “Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Orang yang sama terus memberi reaksi dengan mengangkat tangan tanda bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika PR menang PRU13 nanti. Si Awang terbungkam.

Sementara yang lain ketawa berdekeh-dekeh melihat esisod baru telah muncul di pentas penyampaian BR1M musim kedua di Dun Pancur yang disampaikan seorang bergelar menteri kabinet Malaysia. Di dalam Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertetangga dengan Pancur lain pula ceritanya. Setiap sampul surat yang yang berisi BR1M telah disertakan bersama selembar kertas “bodoh” bertulis Akur Janji.

“Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan kerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang Islam @ Melayu di Malaysia berpecah @hancur”.

Warkah Akur Janji itu ditemui di Dun Tawang pada 21 Februari, mengingatkan kita betapa hinanya orang-orang miskin di mata Umno. Pemberiannya bukan mengalir dari hati nurani yang ikhlas demi membantu warga miskin terutama orang Melayu, tetapi dari hati kotor yang sarat persangka buruk kepada bangsa ini, maka benarlah seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Umno meletakkan taraf manusia itu seperti ayam, lembu./HarakahDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Anwar Ibrahim ikrar naikkan semula taraf Labuan

LABUAN 24 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar menaikkan semula status Wilayah Persekutuan Labuan jika Pakatan mengambil alih Putrajaya kelak.

Katanya, inisiatif dilakukan untuk mengiktiraf Labuan sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC semasa beliau mengetuai kementerian kewangan pada 1990.

“Bila (Tun) Mahathir (Mohamad) setuju IOFC, saya menteri kewangan (waktu itu). Apa janji kita? Labuan sebagai Pusat kewangan pesisir antarabangsa akan diberi peruntukan, sumber mencukupi, infrastruktur dan sokongan yang baik,”
“Dari segi infrastruktur, lulus airport, lulus hospital, lulus pusat pengajian dan saya datang rasmikan.
“Selepas itu, saya cuti (dipecat). Apa jadi selepas itu? Tidak ada perancangan, kemiskinan (di Labuan) teruk,” katanya pada majlis Sambutan Gong Xi Fa Cai dan Ceramah Perdana di Dewan SJK (C ) Chi Wen, Bandar Labuan, 22 Februari lalu.

Pada masa ini, IOFC dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (LOFSA).
Berucap di depan kira-kira 2000 hadirin, Anwar berkata, Labuan dipinggirkan oleh kerajaan pusat hingga gagal berfungsi sebagai pusat kewangan antarabangsa.

Malah, kadar kemiskinan terus meningkat, penduduk dibeban kenaikan harga barang dan sistem pengangkutan awam yang lemah.

“Sejak 1995, ia (Labuan) statik selepas itu. Ada usaha baru? Tidak. Ada kementerian kewangan ambil berat? Tidak. Ada menteri wilayah persekutuan ambil berat? Tidak,” ujarnya.
Dalam ucapannya, Anwar turut mengutuk amalan rasuah dan kronisme dalam kepimpinan Umno BN sejak zaman Tun Dr Mahathir dan kini diwarisi Datuk Seri Najib Razak.

Ia termasuk kes terbaru membabitkan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah yang memperoleh 223 ekar tanah ketika Najib menjadi menteri pertahanan./KeadilanDaily

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Ahad, Februari 24, 2013

MB KELANTAN TEGUR MUFTI PERAK.


Nik Aziz kecewa kenyataan Mufti Perak
 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Nik Aziz
Nik Aziz
 
AGAK kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan.

Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap Pas lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik.

Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera.

Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak agar berhati-hati dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin Pas yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih.

Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan?
Tentu sekali tidak.

Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang Umno/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat.

Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.
Pas juga dituduh berkerat rotan dengan Umno.

Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah Pas pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila Pas berada dalam Barisan Nasional, Umno pula mengambil pendirian
untuk menendang Pas keluar kerana 'cemburu buta'.

Saya ingin ulangi, bukan Pas yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi Umno yang membuat ketetapan untuk menendang Pas keluar.

Inilah yang termaktub dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa.

Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada Umno/Barisan Nasional.

Jika ditakdirkan nanti Umno tersemban dalam pilihan raya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan Umno terkial-kial kelemasan mencari pelampung!/SinarHarianOnline

Terkini!!! KOPI HARIMAU!!

Ribuan rakyat berhujan ikuti pidato Anwar Ibrahim di Terengganu

TERENGGANU 24 FEB: Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 5,000 penduduk Gong Badak, Terengganu dari mengikuti pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gong Badak di sini, malam tadi.
IMG-20130223-00051
Ketua Umum KEADILAN itu mengupas pelbagai isu termasuk putar belit media Umno terhadap ucapan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menyifatkan perumpamaan Mursyidul Am PAS itu tepat tapi Umno BN enggan menerima hakikat sebenar.
Beliau turut menyentuh pelbagai isu termasuk amalan rasuah pemimpin Umno, isu pemilikan syaraikat arak oleh Mirzan Mahathir, masalah kebajikan tentera dan banyak lagi.
kg tiong 9
Anwar turut menyeru rakyat Terengganu supaya membuat perubahan lantaran rakyat Sabah dan Sarawak, kini bersedia menumbangkan BN pada PRU 13.
Beliaujuga menekankan peri pentingnya kesepakatan ahli dan pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP di Terengganu untuk bersama-sama berganding bahu menumbangkan Umno BN, seterusnya menawan Putrajaya.
gong-5
Turut berucap, Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail; Wahid Endut (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Brig Jen (B) Najmi Ahmad, Laksamana (B) Imran Abdul Hamid, Ustaz Hishamuddin (AJK Pemuda Pas Terengganu) dan wakil NGO Royalti Terengganu.
Terdahulu, sambutan hebat juga diterima Anwar ketika berceramah di Kampung Tiong, Kuala Terangganu pada hari sama.
Mereka berkumpul untuk mendengar kupasan politik yang berlaku di negara ini./KeadilanDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

TG Nik Aziz pertahan kenyataan BR1M


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.

Beliau berkata, Pas lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat.

“Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, ‘Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..’Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.

“Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan,” katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak Pas memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang, sebaliknya Pas meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW semasa rakyat Makkah menolak
Baginda yang kemudian lari ke Madinah.

“Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?... Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi… tetapi Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu.

“Umno sekarang guna duit pula, BR1M1, BR1M2… Umno silap di sini, silap tidak bagi ilmu wayhu. Mana ada ilmu wahyu dalam kebangsaan. Insya-ALLAH rakyat Kelantan juga Malaysia akan berubah fikiran kerana kita sudah bagi ilmu pengetahuan.

Islam bawa benda halal. Hak halal kita kata halal, hak haram kita kata haram,” katanya.

Beliau turut menyatakan, wang BR1M masih hak rakyat, hak kerajaan dan ia bukan wang dari Umno dan sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat.

“Saya kata, orang bagi duit... terima… tetapi bila mengundi… pangkah Pas, pangkah Pakatan (Pakatan Rakyat). Beri kain… pakai, beri gula… kacau, beri lembu… ambil, tetapi bila bagi kertas undi… pangkah Pas,” katanya./SinarHarianOnline

VIDEO PANAS!!!!! DSAI

Sabtu, Februari 23, 2013

TV3 MENGHAIWANKAN RAKYAT YANG MENERIMA ""BR1M"" KAH KAH KAH PANAS!!! (VIDEO HOT!!)

Sekarang sedang hangat TV3 dan media Pro UMNO memfitnah Tuan Guru Nik Aziz melabel penerima BR1M sebagai haiwan, mari kita saksikan kesahihannya disini. Lihat dan nilai sendiri!!!!!!!!!!!




p/s : Sekarang kita nilai bsendiri siapa yang melabel penerima BR1M sebagai haiwan.. sudahlah Allah kurniakan mata yang celik, jangan butakan pula mata hati anda :))

Jumaat, Februari 22, 2013

Pemimpin Umno dera penerima BR1M... panas!!!

PENGKALAN CHEPA: Selain dipaksa mendengar ceramah pemimpin Umno, ada juga penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diarah hadir ke beberapa tempat bagi menerima surat tawaran BR1M.

Di bahagian Pengkalan Chepa baru-baru ini penerima BR1M diarah datang ke Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah bagi Dun Chempaka dan sekolah di Chicha Mengambang (Dun Panchor) untuk mendapatkan surat tawaran.

Sebaliknya pada program itu penerima dipaksa mendengar ceramah politik Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut penduduk yang hadir hanya kira-kira 10 penerima sahaja yang diberi surat tawaran di sekolah tersebut dan selebihnya diminta datang ke rumah ketua bahagian pada sebelah malam.

Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Mohd Azmi Nor berkata, cuba bayangkan orang ramai yang datang memenuhi dewan sekolah hanya diberi 10 orang sahaja surat tawaran kemudian diarah datang pula ke rumah ketua Umno.

“Kerana hendak dapatkan surat tawaran orang ramai datang pula pada sebelah malam ke rumah Ketua Bahagian, Dato’ Dali Hussin di Taman Chempaka Putih.

“Penerima yang datang memberitahu hanya ada meja yang disediakan tanpa ada lampu untuk memudahkan urusan. Sekali lagi penerima BR1M diarah mengikuti ceramah politik Umno,” katanya.

Menurutnya selepas lama menunggu penerima BR1M diarah pula pergi berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan untuk menuntut surat tawaran.

Sedangkan kata beliau sebelum ini pemimpin Umno berkali-kali menafikan BR1M digunakan bagi tujuan politik, namun apa yang berlaku di bawah secara jelas rakyat dijadikan mangsa politik.

Sementara itu Azmi yang juga Timbalan Pengaran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri menafikan laporan sebuah akhbar semalam yang menyebut Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penerima BR1M sebagai binatang.

“Apa yang disebut Menteri Besar di Dataran Stadium kelmarin hanya peumpamaan apabila Umno menggunakan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat.

“Ia seumpama menabur hampas kelapa bagi menarik minat ayam datang. Mereka menabur umpan di mana-mana sahaja dengan harapan dapat menarik orang ramai,” katanya./HarakahDaily

VIDEO PANAS!!!!! DSAI
 

DSAI ramal peralihan kuasa lancar..


Anwar ramal peralihan kuasa lancar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjara kerana dakwaan salahguna kuasa dan liwat, meramalkan peralihan kuasa yang lancar apabila Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dalam pilihan raya umum yang dijangka beberapa minggu lagi.

NONE"Pihak polis telah berubah dalam beberapa bulan kebelakangan ini,"
kata Anwar.
"Hampir tidak ada sebarang gangguan daripada pihak polis dalam semua program kami. Ia adalah satu perubahan yang tulen."

Anwar berkata, pilihan raya sudah hampir dan akan dimenangi dalam medan pertembungan di luar bandar Sabah dan Sarawak.

Perbezaan ideologi dalam Pakatan tidak akan menjejaskan kejayaan gabungan itu, katanya dalam satu temubual selama sejam di ibupejabat PKR di Petaling Jaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membubarkan Parlimen pada 28 April dan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Kemenangan pembangkang, selepas kerajaan BN menang tipis lima tahun lalu, akan mengakhir pemerintahan BN selama lebih lima dekad di Malaysia.

Indeks KLCI Bursa Malaysia telah jatuh 4.8 peratus sejak mencapai rekod pada 7 Januari ekoran kebimbangan BN mungkin tergelincir terus di peti undi, menjadikannya satu-satunya penanda aras indeks saham Asia yang merosot tahun ini.

Anwar, yang berkata hukukman penjara terhadapnya  bermotif politik, menganggap pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 2012 sebagai satu petunjuk bahawa badan kehakiman akan menerima keputusan pilihan raya umum nanti, walaupun ia dimenangi pembangkang.

Beliau juga berkata pihak polis tidak menghalang perhimpunan pembangkang di Kuala Lumpur bulan lepas dan membantu untuk "memudahkan" perjalanannya./MalaysiaKini

Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’

Khamis, Februari 21, 2013

SOKONGAN KAUM INDIA KEPADA PAKATAN RAKYAT MENINGKAT.. INI BUKTI!!

Ribuan kaum India ke ceramah Pakatan tanda sokongan meningkat

BANTING 20 FEB: Kesedaran masyarakat India yang semakin meningkat terhadap kelemahan pentadbiran Umno begitu membanggakan, sekaligus menafikan dakwaan kononnya sokongan kaum itu terhadap Pakatan Rakyat menurun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, Banting malam tadi dipenuhi ribuan masyarakat India yang berpusu-pusu mahu melihat pemimpin berjiwa rakyat itu.
Banting
“Terima banyak, begitu ramai yang hadir, menunjukkan kesedaran masyarakat India yang semakin tinggi. Ada orang kata sokongan orang India sudah berkurangan, tapi saya tak percaya sebab saya turun dan lihat sendiri,” kata Anwar.

Beliau turut disambut kalungan bunga serta turban dan selendang sebagai tanda menghormati bakal Perdana Menteri itu.

“Ini mesti ada yang cakap saya ikut budaya India pula. Saya tak takut, cakaplah saya apa pun, yang penting saya tahu saya pakai ini sebagai tanda menghormati budaya masyarakat India,” kata Anwar disambut sorakan penyokong.
Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan kaum India agar menuntut hak mereka yang dinafikan kerajaan sejak merdeka tetapi dengan syarat tuntutan itu tidak bersifat perkauman.

ponggal 1
“Saya selalu turun dan dengar tuntutan orang India. Tapi saya nak ingatkan, kita boleh tuntut, asalkan jangan buat tuntutan macam Perkasa. Bila saya kata pendidikan percuma, maksudnya ia terpakai untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

“Begitu juga bila saya kata hormat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, saya kata hormat hak orang lain untuk beragama. Kalau kita main sentimen perkauman samalah kita macam Perkasa,” katanya lagi.

“Sebab itu saya cakap, kami Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir dengan adil kepada semua rakyat, tak kira dari segi hak, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan,” kata Anwar  disambut tepukan gemuruh hadirin.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid./KeadilanDaily

 Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Rabu, Februari 20, 2013

PUTERI UMNO PUN KENA DENGAN SPR... PANAS!!!!!!

KEADILAN terima aduan Puteri Umno didaftar pemilih tanpa pengetahuan

KUALA LUMPUR 20 FEB: Penipuan isu daftar pemilih yang selama ini diketengah Pakatan Rakyat banyak melibatkan orang awam, kini terdedah pula mangsa di kalangan orang Umno BN.
Perkara ini diketahui menerusi aduan Puteri Umno kepada KEADILAN apabila mendapati mereka didaftar sebagai pemilih tanpa pengetahuan.

Naib Presiden, Fuziah Salleh berkata, KEADILAN juga menerima aduan sama dari pelbagai lapisan pemilih.
Golongan itu turut membabitkan pelajar luar negara, pemilih cukup umur dan orang dewasa yang tidak pernah mendaftar.
Fuziah
“Aduan itu melibatkan 100 kes di seluruh negara dan kira-kira 10 kes melibatkan Puteri Umno,” kata Fuziah.
Fuziah berkata, KEADILAN bertegas akan mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan penolong pendaftar ke mahkamah jika didapati sah kedua-dua ejen pilihan raya itu bersekongkol dalam isu penipuan daftar pemilih.

Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, pihak yang mendaftar pihak-pihak tersebut melakukan kesalahan jenayah mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya Seksyen 3(1)(a) dan boleh dihukum sekiranya didapati bersalah.
“Aduan diterima KEADILAN setakat ini cukup bukti untuk mengheret penolong pendaftar dan SPR ke mahkamah, sekiranya sah mereka bersekongkol,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti semalam.

Tambahnya, jumlah yang tinggi di kalangan pengundi baru juga menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti termaktub di bawah Akta 5, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“SPR juga harus perjelaskan bagaiman hal ini boleh berlaku. KEADILAN turut menggesa semua yang terlibat termasuk dalam kategori di atas segera memeriksa status pemilih mereka di laman web SPR,” tegas Fuziah.

Menurut beliau, jika terdapat individu yang mendapati nama mereka didaftarkan tanpa pengetahuan, individu tersebut perlu ke pejabat SPR dan buat cabutan borang permohonan mereka.
“Sekiranya tidak mendapat kerjasama SPR, laporkan kepada kami. Setelah mendapat borang cabutan tersebut, sila buat laporan polis ke atas pendaftar yang melakukan kesalahan tersebut,” katanya.

“Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. KEADILAN akan lantik satu majlis peguam untuk membawa kes ini,” jelas Fuziah./KeadilanDaily

Terkini!! MB menghadap Sultan Selangor, bubar Dun hari ini?


PRU13
PRU13
SHAH ALAM - Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor.

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
“Memang setiap Rabu, Menteri  Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini.

“Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.

“Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya.

Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari./SinarHarianOnline

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Selasa, Februari 19, 2013

PANAS 1MALAYSIA !!!! TV3 MENGESAHKAN UMNO/NAJIB TOLAK HUKUM ALLAH.. (VIDEO)

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud:
 "Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas".

Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan agama kami ini suatu pekerjaan yang bukan daripadanya (agama) maka (yang diada-adakan
) itu tertolak". (riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru itu, ajaran salah atau sesat merupakan rekaan-rekaan yang wujud dalam persoalan prinsip agama yang tiada sandarannya dalam al-Quran, hadis, ijma’ atau qias. Sebagaimana Islam itu sendiri terbahagi kepada aqidah, syariat dan akhlak, maka kesesatan juga boleh berlaku dalam tiga aspek tersebut sama ada secara berasingan atau merangkumi keseluruhannya.


ADMIN KESIMPULAN : SEKARANG KERAJAAN UMNO/BN BERKUASA DI MALAYSIA INI DAN TIDAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH... DARI AYAT ALLAH INI...... UMNO/BN TELAH SESAT..... MEREKA YANG MENYOKONGNYA PUN IKUT SAMA SESAT.... ADMIN MENYERU KEPADA UMAT ISLAM MARI KEMBALI KEPADA ISLAM YANG TOTAL MENGIKUT QURAN DAN HADIS..... INSYAALLAH KITA TIDAK AKAN SESAT......


BUKTI VIDEO UMNO TOLAK HUKUM ALLAH :

 

PUKULAN MAUT UNTUK UMNO/BN... KAH KAH KAH.


ADMIN : PAKATAN RAKYAT BERTAMBAH KUAT DAN AKAN TIDAK PECAH!!!!!! APA YANG DI HARAPKAN OLEH UMNO/BN...... PAS,PKR DAN DAP AKAN JADI PEMERINTAH LEPAS PILIHANRAYA KE 13 NANTI...... INSAALLAH...... AYUH RAKYAT BANGKIT!!!! KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN SILA KLIK DAN LIKE SINI

PKR, DAP sentiasa bersama Pas
Teresa Kok - Shuhaimi Shafiei
Teresa Kok, Shuhaimi Shafiei
 
SHAH ALAM – Kenyataan Pas akan keluar Pakatan Rakyat (PR) jika kerjasama merugikan parti itu menjawab segala propaganda Barisan Nasional (BN) kononnya PR tidak meletakkan perlembagaan sebagai perjuangan utama.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan itu akan menutup mulut pimpinan Umno dan BN yang sering memfitnah kononnya PR tidak menjaga perkara tersebut.

Menurutnya, beliau yakin PR akan kekal dan tidak berlaku seperti mana harapan yang diletakkan oleh BN supaya Pas keluar PR ataupun mana-mana satu parti keluar PR.

Beliau berkata, PKR juga lebih mengenali kebaikan orang Pas, niat dan perjuangan mereka di sebalik tohmahan yang dilemparkan itu kepada parti itu oleh BN.

“Kefahaman kami dalam PR, jauh lebih baik dan kami bersama menjaga hak yang termaktub dalam perlembagaan serta perkara yang sudah diputuskan dalam Buku Jingga,” katanya.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula mengakui sememangnya tidak pernah berlaku percanggahan yang merosakkan hubungan antara Pas, DAP dan PKR di Selangor.

Malah katanya, peluang bergabung dalam PR memberi kelebihan kepada mereka berdamping dengan kaum Melayu dan umat Islam lebih erat lagi.

“Sejak pemerintah PR di Selangor lima tahun lalu, kerjasama ketiga-tiga parti baik.

“Kalau dahulu DAP jarang berpeluang mendekati orang Melayu dan masuk kampung merayakan perayaan dan program orang Islam. Tetapi selepas bersama, ada banyak peluang untuk bersama mereka tanpa ada jurang,” katanya./SinarHarianOnline


Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Anwar Ibrahim beri bayangan lebih ramai bekas jeneral sertai Pakatan Rakyat

PETALING JAYA 19 FEB: Selain empat bekas jeneral yang mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera lain akan mengikut jejak mereka.

Berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelana Jaya di sini, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat tetapi berkata mereka akan berbuat demikian tidak lama lagi.
fda187b279e111e2bad822000a9f3047_7
“Bayangkan, empat bekas jeneral sokong kita. Empat-empat sekaligus umum (sokong Pakatan). Saudara lihat nanti, hari-hari berikut (ada) berita-berita baik lagi,” katanya.
Pada 16 Februari lalu, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).
Anwar berkata, keempat-empat bekas jeneral itu juga memberi jaminan untuk memastikan keamanan berterusan di negara ini apabila berlaku perubahan politik di peringkat persekutuan.

“Ada khabar angin, kononnya kalau Umno kalah, akan kacau bilau negara ini. Tahu tentera kata apa? Kami (empat bekas jeneral) bertekad bersama ramai kawan-kawan kami, akan pastikan negara ini hormat Perlembagaan.
“Mereka akan bantu dan pastikan perubahan kerajaan secara aman jika Pakatan ditakdir menang PRU 13,” katanya.
29a2034c79dc11e29a0d22000a9f1320_7
Selain tentera, beliau berkata, bekas pegawai tertinggi polis juga menyokong Pakatan termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari manakala bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga ada bertemu beliau.
“Maknanya apa? Mereka tahu ada peralihan (kuasa politik). Jadi, polis-polis yang ada bertugas di sini, baik sokong kita,” katanya dengan nada berseloroh.

Anwar  juga menegaskan beliau tidak berdendam dengan mana-mana pegawai dan anggota polis termasuk individu (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor) yang pernah memukulnya pada 1998.
“Saya tak dendam. Yang pukul saya pun seorang saja. Tak apalah, sudahlah. Banyak polis kerjanya bagus, bagus,” katanya.KeadilanDaily

Extra income dari rumah

Kejayaan negeri bukti PR mampu tadbir negara - Azmin Ali


SUBANG JAYA: Kejayaan menerajui empat buah negeri membuktikan Pakatan Rakyat (PR) mampu mentadbir negara dengan lebih baik.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memberitahu rakyat perlu melihat kejayaan PR di setiap negeri yang dimenangi, ia merupakan contoh terbaik bagi membuktikan PR mampu memerintah Putrajaya.

"Di Selangor bagaimana kita berjaya memperolehi sebanyak RM2.5 bilion sepanjang lima tahun pemerintahan PR.

"Awal pengambilalihan kerajaan dari Barisan Nasional (BN) hanya sekitar RM400 juta sahaja yang disimpan oleh mereka," ucap beliau pada Majlis Makan Malam Demi Rakyat di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Tambah Ahli Parlimen Gombak lagi, kejayaan itu adalah kerana sistem yang diamalkan oleh PR yang tidak menjadikan rasuah sebagai agenda utama dalam segala urusan pentadbiran.

Azmin yang turut menyatakan 2013 adalah merupakan tahun yang amat penting membuat keputusan kepada masa depan negara.

"2013 adalah masa yang terbaik untuk buat perubahan, saya berani nyatakan tindakan yang kita ambil ini akan mengembalikan Malaysia kepada sebuah negara yang lebih baik," sambung beliau lagi.

Tambah beliau lagi, PR sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihanraya dan hanya menunggu Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen sahaja.

Kata beliau lagi, kesediaan PR bagi menghadapi pilihanraya ini adalah kerana dukungan rakyat yang mahukan perubahan agar Barisan Nasional dikalahkan.

"Saya ingin menyatakan pada pilihanraya kali ini kita bukan sahaja ingin merubah kerajaan tetapi juga kepada sebuah sistem yang telah usang tidak lagi relevan pada masa depan negara dan rakyat.

"Kita akan menyaksikan satu sejarah dalam negara ini apabila BN akan akhiri pemerintahan mereka dan rombakan dilakukan pada sistem yang usang," jelas beliau.

Azmin yang sedar BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus memerintah, namum yakin dengan perjuangan yang dilakukan oleh rakyat pasti segalanya dapat diatasi./HarakahDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

Isnin, Februari 18, 2013

BERITA MENARIK!! ISU LAHAD DATU...PANAS!!!!



Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk
Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar kumpulan warga asing bersenjata yang dikepung pihak berkuasa di Lahad Datu, Sabah ditangani dengan keras seperti tindakan ke atas kumpulan al-Maunah dalam insiden tahun 2000 di Sauk, Perak.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim memberi alasan, situasi yang berlaku di Kampung Tandou, Lahad Datu itu tidak banyak berbeza dengan peristiwa di Bukit Jenalik itu.

"Jika kes Sauk boleh diklasifikasi sebagai 'melancarkan atau cuba melancarkan perang ke atas Yang Di-Pertuan Aong atau Yang Di-Pertua Negeri', yang merupakan kesalahan ke atas Negara, maka rakyat boleh menuntut agar undang-undang sama dikenakan ke atas penceroboh Sulu ini.

"Jika rakyat kita sendiri terlibat dalam insiden Sauk boleh dilucutkan senjata atau dibunuh oleh pasukan keselamatan dan kemudiannnya didakwa di mahkamah dan beberapa orang daripadanya dihukum gantung, maka rakyat berhak untuk menyuarakan kemarahan mereka sekiranya perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menjadi menteri pertahanan semasa insiden Sauk, menangani penceroboh ini dengan tindakan ringan," katanya.

Katanya, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang bertindak sebagai ketua pendakwa dalam perbicaraan kes melibatkan kumpulan al-Maunah, seharusnya menasihati Yang Di-Pertuan Agong dan perdana menteri berhubung peruntukan undang-undang dalam menangangi kumpulan di Lahad Datu.

Tambahnnya, Abdul Gani "pasti dapat mengingati ramuan untuk membuktikan kes yang berlaku di kampung halamannya".

Beliau juga memberi amaran bahawa golongan yang cuba mengeksploitasi insiden Lahad Datu untuk memperbaiki profil politik Najib tidak akan berjaya berbuat demikian.

"Sekiranya tindakan yang diambil ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datuk kurang berat berbanding tindakan ke atas rakyat kita sendiri dalam insiden Sauk, maka tindakan berkenaan akan dianggap memalukan, khianat, dan pengecut oleh perdana menteri," katanya lagi dalam satu tulisan hari ini./MalaysiaKini

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Ahad, Februari 17, 2013

Panas!! Bekas PM Australia mahu Canberra tegas dengan pengusiran Xenophon


Rudd berkata tindakan tidak munasabah Putrajaya itu memerlukan penjelasan. – Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd mengkritik penahanan senator Australia Nick Xenophon di Malaysia dan mahu Canberra tegas mengenai isu itu. Xenophon tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam dan sepatutnya bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu hadapan, tetapi dihalangan untuk masuk dan kemudiannya  ditahan di Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) sebelum diusir keluar malam semalam.

“Menahan mana-mana ahli parlimen Australia, dengan cara Senator Xenophon ditahan tidak boleh diterima,” kata Rudd kepada saluran berita Australia, Sky News hari ini.
“Kita teguh dengan demokrasi, oleh itu kita perlu tegas dengan rakan kita di Kuala Lumpur,” katanya lagi.
Xenophon hadir kerana menjadi sebahagian dari ahli parlimen dan senator Australia untuk mengkaji perjalanan pilihan raya Malaysia, tetapi rakan-rakannya membatalkan kehadiran mereka selepas beliau diusir.

Rudd berkata Australia adalah rakan baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tindakan tidak munasabah Putrajaya itu memerlukan penjelasan.
“Beliau adalah ahli parlimen Australia yang dilantik dan seharusnya dilayan dengan hormat,” kata Rudd, merujuk kepada Xenophon.
Ketua pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata semalam mengatakan Xenophon diusir dan dihalang dari memasuki Malaysia di bawah Akta Imigresen 8(3) kerana senator tersebut membuat kenyataan yang memburukkan imej Malaysia.

Alias merujuk kepada kenyataan Xenophon mengenai kerajaan Malaysia bersikap “authoritarian” dalam menangani perhimpunan untuk  menuntut pilihan raya yang bersih dan adil April lalu.
Dalam permerhatian Xenophon semasa perhimpunan tersebut, beliau berkata beliau nampak polis melepaskan gas pemedih mata dan air kimia kepada peserta perhimpunan aman.
Komen beliau juga ditulis dalam laporan akhir dalam misi mencari fakta mengenai pilihan raya di Malaysia yang menjadi sebahagian dari pemerhati pilihan raya antarabangsa melibatkan enam negara, seperti Indonesia, Filipina, India, Pakistan dan Jerman.

Penahanan dan pengusiran Xenophon menimbulkan kemarahan sebahagian rakyat Malaysia, termasuk Bersih 2.0 dan ahli politik Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik pengusiran Xenophon dan mengatakan paranoia kerajaan mengenai pilihan raya yang semakin hampir.
Anwar pula mengatakan “penyalahgunaan kuasa yang jijik” serta melanggar protokol antarabangsa, terutamanya dari negara Komanwel.

Pengguna Twitter mengkritik keputusan kerajaan, dengan menggunakan ‘hashtag’ #xenophon.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun mempertahankan keputusan pengusiran tersebut, berkata pihak imigresen melakukan tugasnya dengan baik.
Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menambah adalah tidak adil untuk mengatakan pihaknya tidak adil dalam Pilihan Raya 2013 hanya kerana pengusiran Xenophon./TheMalaysiaInsider

VIDEO PERUBAHAN!!!! WAJIB TONTON UNTUK RAKYAT MALAYSIA (VIDEO KEMPEN PRU13).

Anwar Ibrahim, Kit Siang nafi pelawa Ku Li jadi PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ura-ura bahawa Pakatan Rakyat akan mempelawa ahli Parlimen Gua Musang untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga mendakwa, isu berkenaan hanyalah gembar-gembur yang dimainkan oleh media Umno.

"Saya tak tahu saya belum dengar apa-apa. Saya tak tahulah kalau Kit (Siang) ada dengar apa-apa.

"Saya rasa ini (kerja) akhbar Umno," katanya menjawab soalan wartawan sewaktu ditemui selepas majlis Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong di Kajang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sidang media sama juga menyifatkan perkara itu sebagai khabar angin.
"Saya fikir ini semua khabar angin," kata Kit Siang.

Dakwaan berkenaan dibangkitkan bekas wakil rakyat Pakatan, Datuk Dzahrain Hashim dalam satu laporan The Star semalam.
MP Bayan Baru itu mendakwa DAP dan PAS telah mencapai persefahaman untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri Pakatan kerana beliau calon yang lebih baik.

Pimpinan tettinggi Pakatan Rakyat sebelum ini sebulat suara berazam melantik Anwar sebagai PM jika mereka mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang./MalaysiaKini

Jana pendapatan dari rumah.. TERBUKTI !! TERKINI!! 

Cerita Sedih!!! Akibat BRIM 2.0.

Baru dapat dari inbox. Eyy!!! menyirap je darahaku baca.
Admin saya ada cerita sedih sangat pasal pengambilan wang BRIM 2.0 Tu tadi kalau boleh sembunyikan identiti saya...

Tadi saya pergi ambil wang rm 500 tu atas nama bapa saya.... setelah bapa saya dapat mesej daripada ketua cawangan umno kawasan umah saya ni semalam supaya datang didewan serbaguna hari ni pukul 3 petang untuk ambil duit rm 500 tu.. dan hari ini saya pun pergi ke dewan tersebut tepat pukul 3 petang saya sudah sampai ke dewan tu... mewakili bapa saya yang lumpuh dan sakit dirumah...

Apabila sampai saya trus ambil baucer tu dan saya ada tanya kakak kat kaunter diluar dewan tu boleh ke saya ini nak ambil brim tu atas nama bapak saya kakak tu kata boleh tak ada masalah... dan saya pun trus beratur hampir sejam setengah baru tiba giliran saya.. bila sampai ke kaunter didalam dewan untuk menerima wang itu tetiba kakak yang jaga kaunter dipercayai puteri umno kerana mereka pakai tudung warna pink memberitahu saya tidak boleh ambil wang itu dia kena umpunya dri jugak datang baru boleh ambil wang itu.. Saya kata bapa saya lumpuh tak sihat tak boleh datang tadi kakak kat luar dewan kata boleh ambil kalau ada wakil yang merupakan anak2nya... Dia berkeras jugak... lepas tu pegawai bank yang duduk sebelah kkak tu pun menyampuk dan trus tinggi kan suara tak boleh dik dah tu peraturan yang ditetapkan nak buat macam mana.. kalau bapak kamu lumpuh sekali pun tak boleh jugak.. kena datang ke dewan ni tak kira la apa cara sekali pun.. saya kata la umah saya tak ada kereta ada motor je macam mana nak datang dengan keadaan bapa saya begitu.. Pegawai bank tu kata pandai2 kamu la pinjam kereta jiran ke...Dah nak duit orang kena la ikut peraturan yang orang tetapkan...

Saya mengucap panjang apabila kiri kanan orang mula tengok saya dan saya terasa amat malu sangat dengan layanan begitu rupa... Dan saya pun trus keluar dari dewan tu...
Saya anak tunggal Umur 23 tahun ibu dengan ayah saya dah tua tak berapa sihat... Saya bekerja di sebuah pasaraya gaji cukup2 je sebulan.. Sanggup saya ambil cuti tadi samata2 nak ambil brim untuk bapa saya tu... tetapi sedih sangat dengan duit brim semua tak dapat.. kerja pun tak pergi... saya sebenarnya tak berparti pun dua2 page saya ada like pro pr dengan pro bn... saya tak tau la ada orang lain kena macam saya ke tak...

Perasaan malu tadi hanya ALLAH Sahaja yang tau dah la beratur sejam lebih bukan ke duit brim tu duit hasil cukai ke jugak... Inshaallah setelah kejadian tadi saya dah tekad kami satu keluarga tidak akan sesekali undi kerajaan yang melayan rakyat sebegitu rupa... Maaf kalau susunan ayat tak betul saya belajar sampai SPM Je...
kisah ini berlaku di kawasan parlimen batu dewan serba guna taman melewar pukul 3 petang tadi.. maaf saya tak ingat nama kakak dan pegawai bank itu tak sempat pulak nak tengok name tag tadi sebab orang terlalu ramai dan malu teramat sangat.. saya bawa bukan setakat ic fotostet ic ori yang bapa saya pun ada saya bawa sekali.. tetapi tak dapat juga.. dia nak kena umpunya diri sign katanya..saya tak terfikir pun nak ambil gambar atau video saya pergi dengan niat nak ambil duit bukan nak buat provokasi.. saya belajar sampai SPM pun sebab ada kekangan masalah kewangan dan terpaksa jaga ayah dan ibu yang sudah uzur.. bukan saya malas inshaallah kalau ada kesempatan dan peluang saya akan sambung belajar lagi.. tak apa la duit itu mungkin bukan rezeki bapa saya..


Sumber :  Malaysian Gags

 VIDEO PANAS!!!!! DSAI

Sabtu, Februari 16, 2013

Halang senator Australia bukti pilihan raya tak akan telus – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 16 Feb: Tindakan menghalang Senator Australia, Nick Xenophon ke Malaysia bukti Pilihanraya Umum (PRU) 13 tidak akan berjalan dengan telus, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu mengecam penahanan Xenophon ketika tiba di Malaysia pagi tadi yang jelas bercanggah dengan prinsip demokrasi.

“Beliau datang ke sini untuk memantau dan mengamati proses demokrasi dalam pilihanraya. Sesiapa saja mempunyai kebebasan sebagai Ahli Parlimen untuk pergi ke Australia, Indonesia, Belanda dan mana-mana negara sebagai pemerhati bebas.
IMG_2884
“Tetapi mengapa Malaysia terutamanya Najib begitu takut dengan kehadiran beliau? Ini satu penyalahgunaan kuasa.
“Apa yang salahnya? penjenayah di Sabah (Amalilio) menipu melibatkan RM900 juta dilindungi, tetapi Xenophon yang hanya mahu memastikan pilihanraya berjalan dengan adil dipaksa pulang ke Australia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Batu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Jinjang Selatan.
“Ini trend yang jelas menunjukkan Umno BN tidak bersedia untuk membuat proses yang telus dalam PRU akan datang.

“Mengapa risau? Ia adalah kerana ada sesuatu yang cuba disembunyikan mereka. Contohnya seperti akses kepada media, kamu tidak boleh menghalang kebenaran bahawa media tidak mendapat akses yang sewajarnya,” ujarnya./KeadilanDaily


DOA KHAS UNTUK PENGURUSI SPR SILA KLIK SINI

Penahanan Nick Xenophon langgar protokol antarabangsa – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 16 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan senator bebas Australia, Nick Xenophon pagi ini dan menegaskan ia melanggar protokol antarabangsa.
“Saya mengecam dengan keras penahanan senator Australia Nick Xenophon di LCCT yang dikatakan mengancam keselamatan nasional dan dilabel sebagai ‘musuh negara’. Tuduhan-tuduhan itu adalah tidak berasas,”
Anwar Ibrahim
“Saya mengingatkan perdana menteri, Najib Razak bahawa beliau tiada hak untuk memperlaku tetamu sebagai musuh negara hanya kerana mereka kritikal kepada pentadbiran Umno.

“Malaysia bukan dimiliki Umno. Ia kepunyaan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik,” tegas Anwar.
Menurut Anwar, Xenophon yang melahirkan kebimbangan terhadap pilihan raya akan datang, tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun mengancam keselamatan negara.

“Tambahan pula, beliau disertai penggubal undang-undang Australia untuk bercakap kepada kami, serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan raya. Ini bukan sebab untuk menyenaraihitamkan beliau,” katanya.
Menurut Anwar, tindakan menahan dan menghantar pulang Xenophon bermotifkan politik dan merupakan salahguna kuasa.

“Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam menerima kehadiran penggubal undang-undang daripada luar, khususnya ahli negara komanwel.
“Senator Xenophon mesti dibebaskan serta merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan selanjutnya,” tegas Anwar./KeadilanDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

Lagi Kenyatan Bangang!!! Menteri Umno... kah kah kah kah...

Nong Chik: Pembangkang tak pernah pegang kuasa, cetus kekecohan selepas menang

Raja Nong Chik juga memberitahu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun memerintah Malaysia sudah membuktikan kemampuan untuk mentadbir dengan baik dan membangunkan negara. — Gambar fail
SEGAMBUT, 15 Feb — Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menuduh pembangkang akan mencetuskan kekecohan dan keadaan tidak harmoni jika mengambil alih di Putrajaya memandangkan mereka tidak pernah berkuasa serta memberikan contoh  berlaku di negara Kemboja yang tidak aman hingga sekarang. Raja Nong Chik sebelum ini melawat Kemboja dan menyifatkan negara jiran Asia Tenggara tersebut sebagai mundur dan tidak membangun akibat perubahan kerajaan semasa zaman pemerintahan Khmer Rouge berkuasa dahulu, serta mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membuat kesilapan sama jika berhasrat untuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.Baca lagi kat TheMalaysiaInsidar

Extra income dari rumah

Admin : Rakyat sekarang tidak boleh di tipu lagi.... orang melayu,cina,india dan sebagainya akan humban umno/bn pada PRU13 ini... KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN SILA LIKE KAT SINI

Jumaat, Februari 15, 2013

Umno/BN Guna Ustaz Upahan!!!! Panas!!!!


PRU13: Ustaz upahan jadi talian hayat Umno

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kebiasaan hampir pilihan raya akan muncul ustaz-ustaz upahan untuk mencari dalil supaya menghalalkan tindakan Umno di negara ini, lebih-lebih lagi ketika Umno nazak untuk menghadapi PRU13.

"Umno hanya bergantung kepada undi Melayu.

“Memang kita sedia maklum bahawa Melayu begitu intim dengan agama. Oleh itu peranan golongan ini amat diperlukan untuk mempengaruhi pengundi Melayu talian hayat Umno dilanjutkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Maka, katanya sudah kedengaran haram mengundi PAS kerana ia bersama dengan DAP yang menolak hudud.

“Apabila membaca kenyataan ini kita boleh buat dua andaian, pertama mereka buat tidak tahu kenyataan pemimpin MCA dan Umno yang begitu biadab dengan Islam,” katanya.

Tambahnya, adakah mereka tidak tahu kenyataan biadab pemimpin MCA seperti Chua Soi Lek yang menghina Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki sewaktu pilihan raya kecil Tenang.

Katanya lagi, Presiden MCA itu juga yang mengatakan Datuk Ayub, Adun Kemelah Johor hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud.

Tetapi, ujarnya ustaz Umno membisu dan kaku ketika Islam dihina oleh rakan sekutu Umno dan juga penghinaan hukum Islam oleh pemimpin Umno.

“Apakah ustaz ini kurang vitamin  sehingga rabun mata sehingga tidak nampak kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan sejawat Umno?” tanya beliau.


Andaian kedua, ujarnya mereka itu golongan yang telah memalingkan diri  daripada Allah sehingga Allah memalingkan hati mereka.

Menurutnya, walaupun mereka ada ilmu tetapi ilmu yang tidak menyuluh kebenaran hidup sehingga mengeluarkan kenyataan yang tersasar jauh daripada disiplin ilmu.

“Mereka sanggup membeli dunia dengan menjual agama dan maruah untuk keuntungan sementara,” katanya./HarakahDaily

VIDEO HOT!!! BOLEH JATUHKAN PM NAJIB DAN UMNO (VIDEO)

Mahathir dicabar lawan Anwar di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR 15 FEB: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar menentang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Cabaran itu dibuat bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood, hari ini.
Sakit kepala Mahathir memikirkan ketakutan menentang Anwar.
Sakit kepala Mahathir memikirkan ketakutan menentang Anwar.
Ia bagi membolehkan rakyat menjadi hakim untuk memilih siapa pemimpin pilihan mereka.
“Anwar sekian lama menjadi mangsa fitnah, dan orang yang paling ke depan dalam soal ini adalah Mahathir.
“Ia bermula sejak 1998, selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan semakin hebat apabila beliau dilihat bakal menjadi Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pagi tadi.

Nordin berkata, Mahathir sepatutnya mencontohi pemimpin negara lain, yang memilih sikap berkecuali selepas meletak jawatan dan menjadi negarawan.
Namun, katanya, Mahathir gagal berbuat demikian menyebabkan sebahagian rakyat hilang hormat.
“Takdirnya Mahathir kalah, tidaklah beliau rasa rendah diri kerana kawasan itu kubu kuat Anwar,” kata Nordin tetapi tidak menolak jika Mahathir memilih kawasan Parlimennya dahulu, Kubang Pasu atau lain-lain.
cikgu
“Saya tanya Anwar tiga hari lalu, dan dia tiada masalah dengan cadangan saya,” jelas bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu lagi.
Kata Nordin, jika Mahathir gagal menyahut cabaran ini, beliau perlu berhenti membuat kenyataan politik, terutama serangan peribadi ke atas Anwar.

“Ia juga menunjukkan kenyataan beliau selama ini tidak bertanggungjawab,” tambahnya.
Turut hadir sidang media itu, Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip./KeadilanDaily

 Digital Al-Quran Untuk Dijual...

Radio Suara Rakyat dapat sokongan kerajaan S'gor

KUALA LUMPUR: Selepas berkerjasama dengan Harakahdaily, radio internet Suara Rakyat.fm kini melebarkan sayapnya ke Selangor pula dengan menjalinkan kerajasama dengan kerajaan negeri.

Sebagai tanda sokongan, satu majlis pelancaran radio itu untuk peringkat Selangor akan diadakan pada jam 8.00 pagi Ahad ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Exco kerajaan negeri Dr Ahmad Yunus Hairi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan dijangka menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.

Sementara itu, radio Suara Rakyat juga kini mula beroperasi dari Selangor iaitu dari konti TV Impian di Shah Alam setiap hari dari jam 11 pagi hingga 1 petang.

Di samping memuatkan berita-berita berhubung program kerajaan negeri, ianya juga turut mewarwarkan aktiviti yang akan berlangsung di negeri itu.

Sesuai dengan namanya Suara Rakyat, kandungan radio ini lebih cenderung membawa laporan pro rakyat.

Radio ini boleh di akses melalui suararakyatfm.blogspot.com./HarakahDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

Khamis, Februari 14, 2013

Bersih dakwa SPR ‘jahat’ dan ‘tidak bertanggung jawab’

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini menyuarakan rasa kecewa terhadap kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi amaran supaya Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan “tidak merosakkan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).”
Dalam satu kenyataan hari ini pergerakan badan bukan kerajaan (NGO) itu melihat kenyataan Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu “jahat dan tidak bertanggung jawab.”

“Ini adalah percubaan untuk mengalih pandangan orang ramai tentang pekara-pekara yang ditimbulkan oleh Kumpulan Masyarakat Madani dan pandangan umum tentang perlunya reformasi pilihan raya dilakukan.
“Bersih 2.0 merasa amat kecewa dengan kenyataan terbaru dari timbalan pengerusi SPR yang telah menuduh Ambiga (gambar) ‘meracuni pemikiran orang ramai dengan perkara-perkara palsu.’

“Beliau juga menuduh ‘beberapa kumpulan’ sedang menanamkan ‘ajaran [jangan percaya].’ Kami melihat kenyataan ini jahat dan tidak bertanggung jawab,” jelas kenyataan tersebut.

Wan Ahmad sebelum ini dipetik laporan media arus perdana memberi amaran kepada Ambiga supaya tidak menjadi perosak kepada kelancaran proses PRU 13.
Beliau berkata kenyataan bekas Pengerusi Majlis Peguam itu boleh mengelirukan dan menghakis keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi di negara ini.

Dakwaan Ambiga pengundian pos di luar negara sangat mengelirukan dan meragukan jelas Wan Ahmad adalah nasihat yang salah kepada pengundi, sebaliknya beliau berkata SPR berusaha memberikan hak mengundi serta meringankan beban pengundi yang tidak berkemampuan dari segi masa dan kewangan.

“Ambiga membuat andaian mengelirukan dan kenyataannya itu tidak membantu sebaliknya lebih merosakkan sedangkan proses mengundi adalah melalui pelbagai cara sama ada datang sendiri atau melalui pos.
“Tindakannya itu menggambarkan beliau tidak faham dengan prosedur dan mekanisme SPR yang dibincangkan dengan panjang lebar dengan Wisma Putra dan kedutaan, sebaliknya membuat kenyataan berasaskan persepsi dan andaian serta cuba meracuni rakyat dengan perkara yang karut,” katanya dipetik laporan media./TheMalaysiaInsider

Digital Al-Quran Untuk Dijual...

Kerana Menteri Umno/bn Bodoh!! Punca PM di malukan...

'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang

Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaul yee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu.

NONEKetua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (kiri) - yang menjadi pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu - berkata menteri berkenaan memberitahu pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.
Oleh kerana menteri berkenaan tidak memaklumkannya kepada jawatankuasa penganjur lebih awal, dan oleh itu tidak dapat memberi taklimat kepada penyanyi tersebut - Oh berkata beliau dapat memahami kejanggalan Psy apabila pengumuman mengenainya dibuat.

Oh memberitahu Malaysiakini bahawa syarikat pengurus acara itu mesti mengikuti norma-norm, dan sebagai bintang mega, Psy juga mempunyai "standard yang kita mesti ikut".

NONE"Itu adalah satu cadangan 'ad-hoc' yang menyebabkan kita jadi malu. Saya kemudian bertanya pengacara mengapa dia menjemput Psy naik ke pentas, dan dia menjawab dia berbuat demikian atas arahan seorang menteri."

Walaupun Oh enggan menamakan menteri berkenaan, terdapat tiga orang menteri yang hadir di majlis tersebut - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Mohamed Yakcop dan Naib Presiden MCA, Datuk Ng Yen Yen.

Akhbar China Press hari ini memetik sumber yang mendakwa bahawa
"seorang pegawai kanan wanita" bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut.

Dalam segmen acara berkenaan, meja dibawa naik ke atas pentas dan pinggan yee sang diletakkan di atasnya.

NONEPemimpin BN tertunggu-tunggu ketika mereka bertepuk tangan dan
melihat sekeliling, selepas pengumuman pengacara, tetapi akhirnya meneruskan menggaul hidangan tradisional tanpa Psy.

Selepas menunggu Psy selama lima minit, para pemimpin - termasuk Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi - meninggalkan pentas.

Ini dirakamkan dalam video, yang telah dimuatnaik ke YouTube dan menjadi bahan jenaka warga internet./MalaysiaKini

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Kenapa UMNO BN Wajib dikuburkan PRU 13.????

UMNO Wajib dikuburkan PRU 13..!!

Diskriminasi kerajaan persekutuan BN ke atas kerajaan Kelantan pimpinan PAS:

1-Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang mengganggu sistem pentadbiran negeri sejak 1990 dimana ia mewujudkan dualisme dalam pentadbiran negeri seperti wujudnya dua penghulu dalam satu-satu jajahan.

2- Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan dan beliau digantikan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

3- Baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan yang bekerja sebagai petani tetapi hanya diberi kepada mereka yang mendapat sokongan dari JPP dari kalangan penyokong UMNO-BN.

4- Menteri Besar dikatakan tidak lagi dijemput dalam mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang sudah menjadi Kelab MB BN, sebaliknya digantikan dengan wakil UMNO yang kalah dalam pilihanraya.

5- Geran Persekutuan dalam bentuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi lewat. Ia menyebabkan Kelantan lewat menerima bayaran sehingga dibawa ke tahun berikutnya sedangkan di negeri-negeri lain ada yang dibayar tiap-tiap bulan dan ada yang dibayar pada bulan Januari dan Jun.

6-Peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya mengambil alih pentadbiran Kelantan.

7-Permohonan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz sejak tahun 1991untuk mewujudkan pelabuhan di Kelantan tidak dilayan oleh Perdana Menteri yang ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah sekarang. (Di Pulau Pinang sekarang, BN mahu swastakan pelabuhan negeri kepada kroninya)

8- Royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan terus dinafikan sehingga kerajaan Kelantan terpaksa membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas yang mana merupakan hak rakyat negeri Kelantan.

9- Wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi dari kerajaan negeri, tetapi dilantik oleh kerajaan persekutuan.

10-Pengambilan peneroka untuk menduduki Felda dihentikan. Kerajaan persekutuan memajukan sendiri dan mengambil keuntungan dari ladang Felda Plantation walhal tanah Felda diberikan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan, dibangunkan dan menempatkan peneroka.

11-Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan, turut mendapat tempias,sehingga telah menyebabkan arena sukan negeri mempunyai dua identity berbeza dengan negeri-negeri lain.

12- Kementerian Pelancongan telah melantik agensi lain untuk mengendalikan urusan pelancongan di Kelantan sedangkan kerajaan negeri mempunyai Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) sendiri di bawah Exco yang menjaga Portfolio Pelancongan dan ada pegawai kerajaan yang ditugaskan menjadi pengarahnya.

13- Majlis Persidangan Speaker-Speaker Malaysia yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat sudah tidak diadakan lagi, sejak PRU tahun 2008 lalu.

Tak cukup ditekan, fitnah juga dilemparkan

Ini baru sebahagian dari diskriminasi yang dilakukan kerajaan pusat BN terhadap kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS. Ia tidak termasuk lagi tohmah dan fitnah yang dilontarkan terhadap pentadbiran Kelantan oleh media arus perdana milik mereka.

Kesediaan kerajaan persekutuan untuk membincangkan isu royalti minyak Kelantan menunjukkan usaha gigih kerajaan negeri dan gerakan NGO rakyat Kelantan semakin membuahkan hasil.

Ia tidak lain menunjukkan kerajaan UMNO-BN yang dikepalai Najib semakin terdesak sehingga dilihat seolah-olah sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi semula hati pengundi dan rakyat.

Walaubagaimanapun, dengan rekod pentadbiran yang jelik dicemari rasuah dan salah guna kuasa yang melampau, rakyat semakin bijak menilai. Apatah lagi laungan Program Tranformasi Kerajaan yang dilaungkan Najib semakin menampakkan cacat cela.

“Mari kita tengok siapa yang akan kena…”


Tulisan : Otai Reformasi II

KEMPEN UNTUK KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 KILK SINI

Extra income dari rumah 

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive