Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Februari 24, 2013

Ribuan rakyat berhujan ikuti pidato Anwar Ibrahim di Terengganu

TERENGGANU 24 FEB: Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 5,000 penduduk Gong Badak, Terengganu dari mengikuti pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gong Badak di sini, malam tadi.
IMG-20130223-00051
Ketua Umum KEADILAN itu mengupas pelbagai isu termasuk putar belit media Umno terhadap ucapan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menyifatkan perumpamaan Mursyidul Am PAS itu tepat tapi Umno BN enggan menerima hakikat sebenar.
Beliau turut menyentuh pelbagai isu termasuk amalan rasuah pemimpin Umno, isu pemilikan syaraikat arak oleh Mirzan Mahathir, masalah kebajikan tentera dan banyak lagi.
kg tiong 9
Anwar turut menyeru rakyat Terengganu supaya membuat perubahan lantaran rakyat Sabah dan Sarawak, kini bersedia menumbangkan BN pada PRU 13.
Beliaujuga menekankan peri pentingnya kesepakatan ahli dan pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP di Terengganu untuk bersama-sama berganding bahu menumbangkan Umno BN, seterusnya menawan Putrajaya.
gong-5
Turut berucap, Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail; Wahid Endut (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Brig Jen (B) Najmi Ahmad, Laksamana (B) Imran Abdul Hamid, Ustaz Hishamuddin (AJK Pemuda Pas Terengganu) dan wakil NGO Royalti Terengganu.
Terdahulu, sambutan hebat juga diterima Anwar ketika berceramah di Kampung Tiong, Kuala Terangganu pada hari sama.
Mereka berkumpul untuk mendengar kupasan politik yang berlaku di negara ini./KeadilanDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...