Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Februari 06, 2013

PAS T'ganu tawar kerajaan yang lebih baik


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu bersikap lebih terbuka dengan menjadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) sebagai medan dialog bersama rakyat khususnya berkaitan manifesto PRU13 bagi negeri ini.

Himpunan PGU yang akan diadakan pada 15 dan 16 Febuari ini merupakan himpunan rakyat terakhir sebelum berlakunya pilihan raya umum.

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Datuk Husain Awang yang juga pegarahan himpunan berkata, PAS menawarkan pemerintahan yang lebih baik kepada rakyat negeri itu sekiranya diberi mandat memerintah selepas PRU13.

"Ini himpunan terakhir, justeru kita jumput orang ami untuk memberi pandangan dan teguran termasuk membincangkan 'tawaran 100 hari' sebaik PAS menjadi kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, program itu akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kemuncaknya akan diadakan Dailog Manifesto PAS Terengganu bersama dengan pimpinan parti.

Beliau berkata demikian pada satu majlis sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

PGU juga adalah kesinambungan dari himpunan yang sama pernah diadakan di Kemaman, Besut, Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Dungun sebelum ini.

PGU ini akan diadakan di Kampung Banggol Peradong, Teluk Pasu yang dilhat amat sesuai dan banyak kemudahan dan ianya lebih selesa dengan keluasan kawasan yang boleh menampung jumlah hadirin yang ramai./HarakahDaily

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...