Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 25, 2013

Anwar Ibrahim ikrar naikkan semula taraf Labuan

LABUAN 24 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar menaikkan semula status Wilayah Persekutuan Labuan jika Pakatan mengambil alih Putrajaya kelak.

Katanya, inisiatif dilakukan untuk mengiktiraf Labuan sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC semasa beliau mengetuai kementerian kewangan pada 1990.

“Bila (Tun) Mahathir (Mohamad) setuju IOFC, saya menteri kewangan (waktu itu). Apa janji kita? Labuan sebagai Pusat kewangan pesisir antarabangsa akan diberi peruntukan, sumber mencukupi, infrastruktur dan sokongan yang baik,”
“Dari segi infrastruktur, lulus airport, lulus hospital, lulus pusat pengajian dan saya datang rasmikan.
“Selepas itu, saya cuti (dipecat). Apa jadi selepas itu? Tidak ada perancangan, kemiskinan (di Labuan) teruk,” katanya pada majlis Sambutan Gong Xi Fa Cai dan Ceramah Perdana di Dewan SJK (C ) Chi Wen, Bandar Labuan, 22 Februari lalu.

Pada masa ini, IOFC dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (LOFSA).
Berucap di depan kira-kira 2000 hadirin, Anwar berkata, Labuan dipinggirkan oleh kerajaan pusat hingga gagal berfungsi sebagai pusat kewangan antarabangsa.

Malah, kadar kemiskinan terus meningkat, penduduk dibeban kenaikan harga barang dan sistem pengangkutan awam yang lemah.

“Sejak 1995, ia (Labuan) statik selepas itu. Ada usaha baru? Tidak. Ada kementerian kewangan ambil berat? Tidak. Ada menteri wilayah persekutuan ambil berat? Tidak,” ujarnya.
Dalam ucapannya, Anwar turut mengutuk amalan rasuah dan kronisme dalam kepimpinan Umno BN sejak zaman Tun Dr Mahathir dan kini diwarisi Datuk Seri Najib Razak.

Ia termasuk kes terbaru membabitkan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah yang memperoleh 223 ekar tanah ketika Najib menjadi menteri pertahanan./KeadilanDaily

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...