Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Februari 27, 2013

Anwar Ibrahim tambah semangat rakyat buat perubahan


Azlan Che Mat
Azlan Che Mat
 
KUALA TERENGGANU - Jika kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di negeri ini Sabtu lalu menyemarakkan semangat juang di kalangan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN), keadaan sama turut berlaku di kalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri ini pada hari sama.

Pemangku Ketua Penerangan PKR Terengganu, Azlan Che Mat berkata, keadaan itu boleh dilihat melalui sambutan yang diberikan kepada Anwar ketika beliau berceramah di Kampung Tiong dan Gong Badak.

Jelasnya, kehadiran menjelang pilihan raya ini makin meningkatkan semangat rakyat untuk memastikan perubahan bakal berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Mereka juga melihat PR semakin utuh dengan kehadiran Datuk Seri Anwar apabila kepimpinan PKR dan juga Pas di peringkat negeri bersama-sama turun padang dalam program tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, keadaan itu secara tidak langsung menafikan desas-desus bahawa wujud krisis antara PKR dan Pas di negeri ini.

Jelasnya, sambutan di kalangan bukan Melayu juga menunjukkan perubahan yang ketara, khususnya di kawasan Dun Bandar.

“Kita melihat kerjasama PKR dan Pas juga semakin utuh dan kenyataan mana-mana pihak yang kata PR bergaduh sesama sendiri itu hanyalah propaganda politik pihak lawan untuk mengikis keyakinan rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan, sebelum ini, sokongan dilihat tidak ketara tetapi kehadiran Anwar menjelaskan lagi kepada rakyat Terengganu dan juga kepimpinan kerajaan negeri sedia ada bahawa rakyat benar-benar bersedia membuat perubahan.

“Kalau mahu dibandingkan dengan program Najib, mereka menyediakan bas untuk ke program tersebut serta diberi makan percuma, tetapi kita tidak memberikan rakyat apa-apa, namun mereka menunjukkan sokongan padu.

“Dalam program itu, Anwar sanggup berhujan untuk bersama-sama rakyat dan tidak mahu menggunakan payung yang disediakan untuk beliau. Jadi adakah Datuk Seri Najib juga sanggup berbuat demikian?” katanya./SinarHarianOnline

Hanya RM 55 anda mampu menjadi kaya
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...