Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Februari 19, 2013

Kejayaan negeri bukti PR mampu tadbir negara - Azmin Ali


SUBANG JAYA: Kejayaan menerajui empat buah negeri membuktikan Pakatan Rakyat (PR) mampu mentadbir negara dengan lebih baik.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memberitahu rakyat perlu melihat kejayaan PR di setiap negeri yang dimenangi, ia merupakan contoh terbaik bagi membuktikan PR mampu memerintah Putrajaya.

"Di Selangor bagaimana kita berjaya memperolehi sebanyak RM2.5 bilion sepanjang lima tahun pemerintahan PR.

"Awal pengambilalihan kerajaan dari Barisan Nasional (BN) hanya sekitar RM400 juta sahaja yang disimpan oleh mereka," ucap beliau pada Majlis Makan Malam Demi Rakyat di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Tambah Ahli Parlimen Gombak lagi, kejayaan itu adalah kerana sistem yang diamalkan oleh PR yang tidak menjadikan rasuah sebagai agenda utama dalam segala urusan pentadbiran.

Azmin yang turut menyatakan 2013 adalah merupakan tahun yang amat penting membuat keputusan kepada masa depan negara.

"2013 adalah masa yang terbaik untuk buat perubahan, saya berani nyatakan tindakan yang kita ambil ini akan mengembalikan Malaysia kepada sebuah negara yang lebih baik," sambung beliau lagi.

Tambah beliau lagi, PR sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihanraya dan hanya menunggu Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen sahaja.

Kata beliau lagi, kesediaan PR bagi menghadapi pilihanraya ini adalah kerana dukungan rakyat yang mahukan perubahan agar Barisan Nasional dikalahkan.

"Saya ingin menyatakan pada pilihanraya kali ini kita bukan sahaja ingin merubah kerajaan tetapi juga kepada sebuah sistem yang telah usang tidak lagi relevan pada masa depan negara dan rakyat.

"Kita akan menyaksikan satu sejarah dalam negara ini apabila BN akan akhiri pemerintahan mereka dan rombakan dilakukan pada sistem yang usang," jelas beliau.

Azmin yang sedar BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus memerintah, namum yakin dengan perjuangan yang dilakukan oleh rakyat pasti segalanya dapat diatasi./HarakahDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...